BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan EWallet RM300 Sebulan Untuk B40

Bantuan ewallet RM300 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan kepada golongan B40 dan memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman, pihak kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai bantuan yang boleh dimohon dan menepati syarat kelayakan.

BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah insentif khas yang dikenali sebagai program bantuan kehidupan sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Program khas ini ditawarkan dalam bentuk bantuan ewallet dengan jumlah kadar sebanyak RM300 sebulan.

Tujuan utama program ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi meringankan beban rakyat terutama bago golongan B40 dan miskin tegar. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi mendapatkan bantuan ewallet ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan ewallet BINGKAS RM300 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Anak kelahiran Selangor
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Isi rumah (keluarga) yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah

Nota : Permohonan bantuan ewallet BINGKAS ini dibuka sepanjang tahun ini dan kepada pemohon yang layak akan menerima insentif bernilai RM300 dalam bentuk ewallet setiap bulan.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online). Pemohon boleh layari laman rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Langkah panduan pendaftaran permohonan melalui aplikasi SELANGKAH :

  • Muat turun aplikasi SELANGKAH di app store
  • Sila buka aplikasi dan tekan pada panel BINGKAS
  • Anda perlu isi borang dengan maklumat peribadi yang tepat dan tekan ‘teruskan’
  • Kemudian anda perlu muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan dan tekan butang ‘hantar’
  • Pendaftaran anda selesai dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada layak atau tidak menerima bantuan khas ini.

Peringatan : Bantuan ewallet RM300 ini ditawarkan dan diberi keutamaan kepada rakyat negeri Selangor sahaja. Kepada yang berkelayakan memerlukan disaran untuk membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan berbagai kemudahan dan insiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat. Sila semak list bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan –¬†KLIK DISINI untuk semak maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button