BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

Bayaran MySTR Fasa 4 : Akan Dikreditkan Berperingkat Lebih awal

Bayaran MySTR fasa 4 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan kali terakhir yang akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia. Untuk makluman, insentif khas ini akan dikreditkan lebih awal yang dijadualkan pada bulan November ini.

BAYARAN MYSTR FASA 4

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali STR kini memasuki fasa keempat atau terakhir pada tahun 2023. Bagi pengetahuan umum, bayaran bagi MySTR fasa pertama sehingga fasa ketiga telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu.

Kini hanya tinggal baki pemberian bayaran MySTR fasa 4 yang dijadualkan akan mula diagihkan lagi 2 bulan sahaja lagi. Pembayaran Sumbangan tunai rahmah fasa akhir nanti akan melibatkan 2 kategori penerima sedia ada iaitu warga emas dan isi rumah.

Kadar bayaran bantuan tunai STR fasa 4 akan melibatkan sehingga RM1,200 dan jumlah adalah bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak. Berikut dikongsikan kadar yang akan diterima mengikut kategori pada bayaran fasa akhir nanti.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI KELUARGA (ISI RUMAH B40) PENDAPATAN RM2,500

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) – RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) – RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak – RM0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) – RM0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) – RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 setiap seorang

Info : Bagi penerima sedia ada MySTR dari fasa 1 hingga fasa 3, mereka tidak akan menerima sebarang amaun pada fasa ke 4. Hal ini kerana bayaran telah selesai dibayar sehingga fasa ketiga lalu dengan jumlah keseluruhan RM350.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi MySTR – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan tunai MySTR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan pada tahun ini.

Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button