BANTUANKerajaanKhas Aidilfitri

Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM700

Senarai penerima bantuan kewangan RM700 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada sidang Belanjawan 2023 dengan slogan Malaysia MADANI. Untuk makluman umum, pelbagai inisiatif baru telah diperkenalkan melalui sidang tersebut salah satunya adalah bantuan kewangan berjumlah RM700.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KEWANGAN

Bagi pengetahuan umum, pada suku pertama tahun 2023 pihak kerajaan telah melancarkan pemberian Sumbagan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR. Selain daripada bantuan tunai itu, pihak kerajaaan telah mengumumkan bantuan khas kewangan bernilai RM700 dan akan diberikan pada bulan April kepada mereka yang layak.

Inisiatif yang dimaksudkan adalah bantuan khas kewangan menjelang aidilfitri sebanyak RM350 dan RM700. Pemberian insentif ini secara automatik tidak perlu permohonan. Senarai penerima yang akan mendapat manfaat bantuan khas ini adalah seperti berikut :

  • Golongan penjawat awam Gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak : RM700
  • Kumpulan pesara kerajaan : RM350.

Pemberian bantuan khas kewangan ini akan diberikan sebelum hari raya puasa (aidilfitri) kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak.

INISIATIF LAIN

Kepada mereka yang bukan golongan penjawat awam, jangan risau terdapat bantuan lain yang turut diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini. Bagi bantuan lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023 adalah seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) jumlah bantuan sehingga maksimum RM3,100
  • Bantuan lesen memandu motorsikal b2, lesen teksi, bas dan e-hailing
  • Bantuan kewangan KWSP akaun 1 sebanyak RM500
  • Kerajaan tawarkan kredit e-tunai percuma bernilai RM200 untuk kumpulan belia
  • Bantuan bakul dan baucar makanan STR tambahan bernilai RM600 untuk keluarga miskin tegar.

Untuk semakan penuh maklumat berkenaan inisiatif yang telah diumumkan, sila layari portal rasmi kerajaan – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, selain daripada inisiatif baru yang diperkenalkan semasa belanjawan terdapat pelbagai bantuan tahun lalu dan masih diteruskan pada tahun ini. Hal ini kerana bantuan terdahulu masih relevan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan berbentuk kewangan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button