BANTUANLesen Memandu

Jenis Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun Ini

Jenis bantuan lesen memandu percuma pada tahun ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada sidang Belanjawan 2023 baru-baru ini. Untuk makluman, terdapat banyak inisiatif yang telah diperkenalkan pembentangan tersebut dengan slogan Malaysia MADANI.

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah mengumumkan perlaksanaan bantuan khas berbentuk lesen memandu ini akan berkuat kuasa pada tahun ini kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Objektif utama inisiatif ini diperkenalkan adalah bagi tujuan membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan lesen memandu terutama golongan belia. Hal ini kerana kumpulan belia adalah merupakan masa depan negara dalam faktor merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dalam sektor pengangkutan awam.

Melalui program khas ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung kos bayaran bagi ujian memandu motorsikal kelas B2 serta lesen bas, teksi dan e-hailing pada tahun 2023.

JENIS BANTUAN LESEN MEMANDU YANG DITAWARKAN

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menyatakan bahawa inisiatif khas ini boleh didapatkan oleh rakyat yang memerlukan dan berkelayakan mengikut jenis bantuan lesen memandu seperti berikut :

  • Bantuan lesen e-hailing
  • Bantuan tanggung kos ujian memandu motorsikal B2
  • Lesen bas
  • Lesen teksi.

Kepada mereka yang berkelayakan boleh mendapatkan bantuan khas ini, jenis bantuan lesen memandu yang ditawarkan diatas sahaja boleh dimohon. Perkara ini telah diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan BELANJAWAN 2023

Pihak kerajaan berharap dengan adanya program khas yang menawarkan bantuan lesen memandu ini secara tidak langsung dapat membuka tawaran pekerjaan. Terutama untuk golongan belia bagi berkecimpung dalam pekerjaan sektor perkhidmatan pengangkutan awam pada tahun ini.

CARA MOHON BANTUAN LESEN MEMANDU

Buat masa ini hanya perlaksanaan bantuan khas ini yang telah diumumkan, bagi permohonan dan kriteria kelayakan bagi mendapatkan bantuan lesen memandu secara percuma ini masih belum dimaklumkan.

Pihak kerajaan telanh menyatakan bahawa dalam masa terdekat akan mengumumkan secara terperinci berkenaan syarat mendapatkan bantuan lesen khas ini. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan lesen ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada jenis bantuan lesen memandu ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button