BANTUANJKM

Bantuan Kewangan RM 500 Untuk B40 Bulan Ogos 2022

Tahukah anda, melalui belanjawan 2021 terdpaat berita baik untuk semua rakyat Malaysia terutama golongan b40. Menteri kewangan Malaysia iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan sebuah inisiatif bantuan kebajikan orang tua atau dikkenali sebagai bantuan warga emas.

Melalui bantuan ini kadar jumlah bantuan telah dinaikkan kepada RM500 untuk setiap seorang berbanding sebelum ini RM350. Bantuan ini adalah untuk mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman umum, pihak JKM telah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan bantuan ini. Ia merupakan sebuah agensi dibawah kendalian pihak kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Tujuan utama bantuan ini akan diberikan kepada golongan warga emas yang berkelayakan untuk meringankan beban pembelanjaan dan membantu meneruskan kelangsungan hidup serta kesejahteraan hidup dalam sebuah komuniti masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN 

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon dan mendapatkan bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Golongan warga emas atau orang tua yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian ( Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma ).
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa.
  • Orang tua atau warga emas yang berusia diatas 60 Tahun.
  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah.

PANDUAN PERMOHONAN 

Jika anda berkelayakan dan ingin membuat permohonan, panduan telah disediakan seperti berikut :

  • Langkah pertama sila layari portal rasmi e-Bantuan JKM – DI SINI.
  • Kemudian, anda perlu tekan pada butang daftar permohonan.
  • Seterusnya sila masukkan nombor kad pengenalan permohon dan negeri kelahiran.
  • Tekan butang daftar.
  • Anda perlu pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan dengan kawasan anda dalam masa tempoh 14 hari.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

  • Salinan kad pengenalan permohon.
  • Salinan kad pengenalan suami, isteri, ibu bapa, anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak atau ahli keluarga yang tinggal sebumbung.
  • Sediakan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Salinan penyata gaji sekiranya ada.

MAKLUMAT LANJUT 

Jika anda terlepas pandang, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button