BANTUAN

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 : Semakan Kemaskini Dan Tarikh Bayaran

Pada tahun 2022 kerajaan perkenalkan Bantuan baharu iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi sidang belanjawan 2022 tempoh hari dengan mengumumkan bantuan tunai sehingga RM 2000 sekeluarga bagi mengurangkan beban rakyat yg secara tidak langsung terkesan dengan pendemik covid 19 dan banjir.

Peruntukan untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini dianggarkan sebanyak RM  8.2 Billion dan bakal memanfaatkan kira-kira 9.5 juta keluarga yang membabitkan isi rumah mempunyai bilangan tiga anak atau lebih, manakala purata pendapatan semasa bulanan bawah RM 2500 ringgit sebulan.

Untuk pengetahun umum, BKM ini adalah Bantuan yang tertinggi berbanding Bantuan (BPR) Prihatin Rakyak yang hanya memperuntukan sebanyak RM 1 800  kepada penerima. Menurut Menteri Kewangan , Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat yamg terkesan dengan pendemik covid 19 .

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan yang mensasarkan golongon rakyat yang memerlukan bagi meringankan beban dan membantu menampung kos sara hidup yang berpendapatan rendah.

 

Kelayakan BKM 2022

Anda (pemohon) akan layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) jika sekiranya pemohon memenuhi syarat kategori kelayakan seperti di bawah:

  1. Warga emas Tiada Pasangan/ Bujang – tidak mempunyai anak , umur melebihi 60 tahun dan keatas, pendapatan isi rumah di bawah RM 5000 sebulan.
  2. Isi Rumah – Berkahwin/Janda/Duda/Balu yan mempunyai anak dan pendapatan sebulan adalah di bawah RM5000.
  3. Bujang – Bujang/Janda/Duda/Balu yang tidak mempunyai anak, 21 sehingga 59 tahun adalah had umur dan pendapatan di bawah RM 2500 sebulan.

Cara Untuk Kemaskini BKM 2022

Semua data penerima bantuan sebelum ini seperti BKC B40, BPR 2021 dan GKP secara automatik akan dibawa ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia untuk tujuan verifikasikan kelayakan.

Bagi pemohonan baru BKM perlu di buat sekiranya tiada rekod dalam sistem anda dan jika ingin membuat kemaskini bagi mengubah maklumat semasa, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

 

 

Rujukan dibawah:

 

Berikut adalah laman rasmi BKM SINI sila layari untuk kemaskini maklumat atau permohonan baru secara online.

Panduan Kemaskini Maklumat BKM 2022

Untuk penerima sedia ada (BKC B40, BPR 2021 dan GKP) yang ada perubahan maklumat seperti:

  1.  Bilangan Anak
  2. Status Perkahwinan
  3. Jumlah pendapatan bulanan

Senarai Dokumen Yang perlu anda sediakan seperti berikut:

  1. Bilangan anak – Sijil Lahir Anak
  2. Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai
  3. Jumlah pedapatan semasa  bulanan baharu

Tempoh kemaskini – 1 JAN 2022 Sehingga 31 JAN 2022

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button