BANTUANePemula

Penebusan Dan Gunakan Bantuan Khas RM 150 Sebelum Tarikh Akhir 10 Jun

Terdapat satu Bantuan khas telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang boleh anda tebus sebanyak RM 150 iaitu dikenali sebagai Bantuan Khas E-Pemula yang boleh didapati pada tahun ini.

E-Pemula RM 150

Program skim bantuan ini ditubuhkan bagi tujuan untuk menyemarakkan budaya transaksi tanpa tunai melalui eDompet atau cashless secara pembelian menggunakan platform digital pada tahun 2022.

Penebusan E-Pemula

Bagi sebarang penebusan bantuan khas ePemula boleh dilakukan bermula pada tarikh 11 April sehingga 1 Jun 2022. Jika anda sudah menebus bantuan ini, anda perlu gunakkan ia dan habiskan sehingga 10 Jun, tarikh luput pada 11 Jun 2022.

Kadar Bantuan

Jumlah bayaran bantuan khas ePemula akan diberikan sebanyak RM 150 kepada individu yang layak. Ramai yang tidak tahu berkenaan bantuan ini mudah untuk ditebus, sila lihat syarat kelayakan dan cara mudah untuk menebus bantuan ePemula ini di halaman bawah.

Syarat Kelayakan 

  • Terbuka kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun dan secara automatik layak untuk menebus bantuan ini
  • Terbuka kepada semua belia yang masih menuntut pembelajaran sepenuh masa di mana-mana cawangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) swasta dan Kerajaan yang telah diiktiraf oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Cara Penebusan Bantuan

Sebarang penebusan bantuan khas E-Pemula ini boleh dibuat secara online di platform digital pilihan anda yang telah disediakan seperti berikut :

Nota : Anda boleh membuat penebusan bantuan ePemula di mana-mana pilihan anda, sila ikut arahan maklumat penebusan pada ruangan yang telah disediakan sehingga penebusan selesai. Sila belanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk tunai yang mana sangat diperlukan oleh sesetengah golongan rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban pembelanjaan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button