BANTUANBUDI MADANI

BUDI MADANI : Bantuan RM200 Setiap Bulan Kini Dibuka

BUDI MADANI : Bantuan RM200 setiap bulan kini telah dilancarkan dan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk maklumat umum, program khas ini baru diperkenalkan pada bulan ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

BUDI MADANI : BANTUAN RM200 SEBULAN

Pihak kerajaan pada waktu ini telah melaksanakan penyasaran semula subsidi kepada rakyat untuk memastikan ianya disalurkan lebih telus kepada mereka yang benar-benar layak. Perlaksanaan program bantuan subsidi MADANI atau BUDI MADANI sedang dilancarkan.

Program khas bantuan bulanan RM200 ini ditawarkan kepada pemilik kenderaan jenis diesel persendirian, petani dan pekebun komoditi. Bagi kategori BUDI MADANI, mereka yang merupakan pemilik kenderaan diesel persendirian boleh kemukakan permohonan.

Manakala kategori BUDI Agri-komoditi pula boleh dimohon bagi mereka yang merupakan petani kecil dan pekebun kecil. Untuk permohonan yang telah lulus, mereka akan menerima insentif bantuan khas bernilai RM200 yang akan dikreditkan setiap bulan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI MADANI

Bagi pengetahuan umum, untuk kategori BUDI individi ianya ditawarkan khusus kepada golongan bulan T20 dan dibawah adalah syarat asas kelayakan yang ditetapkan :

PEMOHON

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000 (Berdasarkan data LHDN)
  • Permohonan secara dalam talian melalui laman rasmi BUDI MADANI

KRITERIA JENIS PEMILIKAN KENDERAAN

  • Jenis kenderaan digunakan secara individu (diesel)
  • Kenderaan diesel yang diisytiharkan di Semenanjung Malaysia
  • Berdaftar di JPJ menggunakan mykad.

Syarat bagi BUDI Agri-komoditi pula adalah merupakan sumbangan tunai khusus bagi kategori petani kecil (tanaman dan ternakan) serta pekebun kecil (getah, sawah dan ladang). Mereka yang berdaftar dengan Kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) atau (KPK) layak memohon.

CARA MOHON BANTUAN BUDI MADANI 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan kini dibuka bermula 28 Mei 2024. Untuk kemukakan permohonan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BUDI MADANI 2024

Bagi permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun ini, pemohon akan menerima bantuan insentif khas ini pada pertengahan bulan Jun 2024. Pembayaran akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BUDI, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button