BANTUAN

Senarai Dan Semakan Bantuan JKM 2022 Secara Online

Pada tahun 2022 kerajaan telah meneruskan dan menambahbaik Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) . Pada tahun 2021 lebih dari 450 Ribu penerima bantuan JKM dapat manfaat dari bantuan tersebut. senarai jenis bantuan termasuk bantuan untuk :

– Kanak-kanak/Keluarga miskin

– Golongan orang kelainan upaya (OKU) / Warga Emas

-Anak luar nikah

-Ibu tunggal

Dalam Bajet Belanjawan, Kerajaan menyatakan jumlah pembayaran bermula dari RM 100 Sehingga RM 500 sebulan bergantung pada jenis bantuan. Pada hujung tahun 2021 negara kita mengalami bencana alam, banjir yang banyak melibatkan kawasan dan secara tidak lansung memberi kesan terjejas yang teruk kepada penduduk yang terkena banjir.  Justeru dengan bantuan ini dapat meringankan beban golongoan yang layak menerima bantuan ini. Baru baru ini juga Perdana Menteri ada menyatakan akan menyemakan senarai bantuan JKM dan akan menaikan jumlah sehingga RM1000    .

Senarai Dan Semakan Bantuan JKM 2022
  1. Bantuan kewangan warga emas (RM 350 sebulan)
  2. Bantuan warga  OKU yang tidak mampu bekerja (RM 300 sebulan)
  3. Bantuan Elaun pekerja cacar (OKU) (RM 450 sebulan)
  4. Bantuan Keluarga miskin dan Kanak-kanak 2022 (RM 150-RM 1000)
  5. Elaun Bantuan jaga pesakit Kronik (RM 500 sebulan)
  6. Elaun Bantuan jaga Warga emas / OKU  (RM 500 sebulan)
  7. Elaun Bantuan jaga anak angkat atau anak yatim/yatim piatu (RM 200 – RM 500 maksima)
  8. Elaun Bantuan sambung belajar kemahiran (RM 200)
  9. Elaun AM Kebajikan Masyarakat (RM 100- RM350 sebulan)

 

Cara mohon Bantuan JKM 2022 Secara online

Anda boleh membuat permohonan dan semakan Bantuan JKM ini di laman rasmi jkm di sini BORANG

Selepas membuat permohonan secara atas talian , anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran anda atau mana-mana pejabat kebajikan . Anda perlu hadir membawa dokumen yang diperlukan baji tujuan susulan permohohan anda. Perhatian ,anda wajib hadir dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online anda, jika melebihi tarikh yang ditetapkan, permohonan anda dibatalkan dan anda perlu membuat permohonan semula. anda perlu hadir di pejabat berhampiran, sama ada anda layak atau tidak akan diketahui disana.Anda boleh mohon secarea terus  juga di cawangan negeri berhampiran .

Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2022

Senarai tarikh semakan pembayaran Bantuan JKM dari semasa ke semasa seperti berikut :

  1. Bayaran bulanan JKM bulan Januari 2022 (10  dan 11 Januari 2022)
  2. Bayaran bulanan JKM bulan Febuari 2022 (10 dan 11 febuari 2022)
  3. Bayaran bulanan JKM bulan Mac sehingga jun 2022 (10 dan 11 hari bulan)
  4. Bayaran bulanan JKM bulan Julai 2022 (11 dan 12 julai 2022)
  5. Bayaran bulanan JKM bulan ogos sehingga disember 2022 (8 hingga 11 haribulan)

Di atas adalah tarikh pembayaran bulan Bantuan JKM 2022.

Jika anda keliru dengan info-info  dan permohonan secara atas talian, anda disyorkan teruk rujuk ke pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran anda untuk lebih jelas dan bole buat permohonan secara terus.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button