BANTUANMAIWPRamadhan

Senarai Penerima Bantuan Ramadhan : RM500 Dibayar Mac Ini

Senarai Penerima Bantuan Ramadhan bernilai RM500 secara one-off telah diumumkan oleh pihak kerajaan melalui agensi MAIWP. Untuk maklumakan, insentif khas berjumlah RM500 bagi persiapan bulan puasa merupakan sebahagian bantuan yang dibayar pada bulan Mac 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN RAMADHAN RM500

Pemberian sumbangan bantuan khas ini adalah insentif bagi meringankan beban kewangan rakyat yang berada dalam golongan berpendapatan rendah/ miskin. Program khas ini merupakan bantuan persiapan menjelang bulan ramadhan bagi sesi tahun 2024.

Tujuan utama bantuan ini diperkenalkan adalah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup terutama golongan asnaf. Dengan insentif ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban persiapan persekolahan anak-anak.

Penerima bantuan berkaitan adalah termasuk penerima bantuan bulanan, elaun sara hidup, sewaan rumah dan rawatan perubatan am. Penyaluran bantuan tunai khas ini akan disalurkan pada bulan ini secara berperingkat sehingga selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAMADHAN

Untuk makluman, pemberian bantuan ramadhan ini akan dikreditkan kepada mereka yang berkelayakan pada kadar RM500 sekaligus (One-off). Tarikh bayaran adalah pada 27 Mac 2024 secara berperingkat.

Program sumbangan istimewa ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP). Bantuan ini tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada penerima yang berkelayakan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAMADHAN

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan khas RM500 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di WP.

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Untuk semakan status atau untuk ketahui butiran lengkap berkenaan bantuan khas ramadhan ini. Panduan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – MAIWP 2024

Kalian juga boleh mendapatkan bantuan-bantuan lain daripada pejabat baitulmal MAIWP yang berdekatan kediaman. Rujukan lebih lanjut untuk bantuan zakat boleh rujuk laman rasmi MAIWP atau pejabat berhampiran.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button