BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : STR Fasa 4 Akan Dikreditkan Berperingkat Kepada Rakyat

Rasmi : STR Fasa 4 akan mula dikreditkan secara berperingkat kepada seluruh rakyat pada suku keempat tahun 2023. Untuk sedia maklum, ini adalah pembayaran buat kali terakhir bagi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini.

RASMI : STR FASA 4

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran fasa keempat Sumbangan Tunai Rahmah akan mula diagihkan pada bulan November. Namun berkemungkinan boleh berlaku seperti fasa ketiga dimana pengkreditan dipercepatkan dari jadual asal bayaran.

Fasa 4 adalah merupakan bayaran akhir yang akan dilakukan dan akan melibatkan kategori isi rumah pendapatan RM2,500 dan RM5,000 serta warga emas. Bagi penerima kategori bujang yang telah mendapatkan bayaran dari fasa 1 hingga fasa 3 tidak akan terlibat dalam bayaran fasa 4 nanti.

Kadar yang akan dibayar kepada penerima sedia ada STR pada fasa keempat nanti adalah sehingga RM1,200. Jumlah akan dibayar mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak setiap keluarga.

Kepada mereka yang tidak lulus fasa 3 lalu dan telah buat rayuan, sekiranya lulus mereka akan menerima baki bayaran fasa 3 dan 4 pada fasa akhir nanti.

KADAR BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Di bawah adalah jumlah kadar bantuan yang akan diterima mengikut kategori bagi bayaran fasa keempat seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)

Tiada anak (RM200), Mempunyai tanggungan anak 1-2 (RM600), Mempunyai tanggungan anak 3-4 (RM900) dan mempunyai anak 5 dan lebih (RM1,200).

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 KE BAWAH)

Tiada anak (RM0), Mempunyai tanggungan anak 1-2 (RM0), Mempunyai tanggungan anak 3-4 (RM300) dan mempunyai tanggungan anak 5 dan lebih (RM500).

WARGA EMAS (USIA 60 TAHUN KE ATAS)

RM200 seorang.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Kepada penerima sedia ada yang berada dalam kategori miskin tegar melalui data ekasih akan menerima bantuan tambahan SARA berjumlah RM600.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2023

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada penerima sumbangan tunai rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button