BANTUAN

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 -RM150 Tunai Seorang

Info Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022

Baru-baru ini kerajaan sudah mengumumkan akan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 untuk hampir semua pelajar yang mula masuki persekolahan Januari ini. Ini adalah salah satu inisiatif dari kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengambil peduli pendidikan di dalam negara.

Pada tahun ini (2022) jumlah bantuan BAP telah dinaikkan sebanyak RM 150 Seorang berbanding tahun sebelum RM 100 seorang dan bayaran adalah sekali sahaja, jika isi rumah mempunyai bilang anak yang belajar melebihi seorang maka bayaran bantuan akan bergantung pada jumlah anak yang belajar. Contoh jika anda mempunyai  3 orang anak yang masih belajar dan memenuhi syarat kelayakan , anak atau anda akan menerima jumlah bantuan BAP sebanyak RM 450 dan bayaran adalah sekali sahaja setahun.

Syarat-syarat Kelayakan BAP 2022

Sehingga kini, masih belum dikeluarkan syarat kelayakan bantuan BAP 2022. Kemungkinan besar syarat kelayakan BAP 2022 adalah berdasarkan tahun sebelum.

Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan Bantuan Awal Persekolahan BAP 2021:

  •  Paling utama pelajar mestilah warganegara Malaysia
  • Bantuan Awal Persekolahan in 100% di berikan kepada pelajar yang belajar di sekolah kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah yang dibiayi oleh kerajaan
  • Jumlah pendapatan keluarga/isi rumah dibawah RM 3000 dan kebawah (bulanan) berdasarkan tahun semasa sahaja.

Cara Untuk Memohon Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022

Untuk makluman, tiada cara bagi untuk mohon bantuan ini. Kemungkinan besar pelajar akan menerima bayaran bantuan ini pada minggu awal persekolahan atau Januari 2022. Pihak kami akan kemaskini sebarang maklumat yang berkaitan tentang Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 dari semasa ke semasa, terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button