BANTUANFASA 3STR

Tarikh Bayaran STR Fasa3 Telah Diumumkan

Tarikh bayaran STR fasa3 telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Untuk sedia maklum, menerusi kenyataan beliau pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga akan dikreditkan pada bulan ini sebelum sambutan raya korban.

JADUAL BAYARAN STR FASA3

Untuk pengetahuan umum, tarikh bayaran STR fasa3 dijadualkan pada minggu ketiga atau keempat bulan ini (Jun 2023). Seperti dimaklumkan sebelum ini, pemberian fasa ketiga akan diberikan pada bulan Julai tetapi atas dasar keprihatinan bagi menyambut hari raya haji bayaran telah dipercepatkan.

Pemberian bantuan STR fasa 3 ini akan dijalankan secara berperingkat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai bagi penerima tiada kad bank. Semua kategori akan terlibat dalam fasa ketiga ini iaitu bujang, warga emas serta isi rumah.

KADAR BAYARAN STR FASA3 MENGIKUT KATEGORI

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa STR fasa3 telah melibatkan peruntukan sebanyak lebih dari 2 billion ringgit. Kadar bayaran yang akan diterima adalah sehingga RM1,300 bergantung kategori kelayakan masing-masing seperti berikut :

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang : RM150 seorang
  • Warga emas : RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH B40 & M40

  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan kebawah : RM300 – RM800 (Jumlah bergantung bilangan tanggungan anak)
  • Isi rumah berpendapatan RM5,000 kebawah : RM0 – RM250 (Jumlah bergantung bilangan tanggungan anak)

Nota : Pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini akan dibayar secara berperingkat sebelum 29 Jun 2023.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru pada bulan Mac lalu, kini anda boleh membuat semakan status bayaran STR Fasa3 secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

Apa yang menarik, golongan belia mahasiswa turut akan menerima insentif yang dikenali sebagai bantuan (edompet) kredit e-tunai belia rahmah. Bantuan kredit sebanyak RM200 ini juga akan dilaksanakan sebelum raya haji nanti.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat. Sila lihak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button