BANTUANBKMFASA 3Tarikh Pembayaran

Maklumat Penting Yang Perlu Diketahui Tentang BKM Fasa 3

Untuk makluman umum, terdapat pelbagai pakej inisiatif terutama berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan atau yayasan pada tahun 2022. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan pada tahun ini dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan dan masih diteruskan pada tahun ini.

Salah satu pakej bantuan berbentuk kewangan yang melibatkan dana terbesar pada tahun ini adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), yang mana bantuan ini telah menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun lalu. BKM telah ditambah naik kadar bayaran iaitu sehingga RM 2,600 yang akan diterima dan lebih ramai yang mendapatkan bayaran maksimum tersebut pada tahun ini.

Untuk sedia maklum, BKM akan melalui pembayaran secara 4 fasa. Bagi pembayaran Fasa 1 dan 2 telah selesai diberikan pada bulan Mac dan Jun 2022. Kini ramai yang sedang menantikan pembayaran seterusnya iaitu BKM Fasa 3 yang akan diberikan pada bulan September, di bawah telah disediakan maklumat penting yang anda perlu ketahui berkenaan BKM fASA 3 nanti.

Jumlah Bayaran BKM FASA 3

Bagi makluman umum, kadar bayaran fasa 3 nanti adalah merupakan bayaran tertinggi iaitu sehingga RM 900 bergantung kategori penerima dan berkemungkinan besar akan ada pembayaran tambahan sama seperti semasa fasa 2 tempoh hari. Tambahan, pada fasa 3 nanti, semua kategori penerima akan terlibat menerima pembayaran. Anda boleh semak status permohonan dan kemaskini maklumat melalui portal rasmi BKM – https://bkm.hasil.gov.my/

Jadual Pembayaran BKM Fasa 3

Pembayaran BKM Fasa ketiga nanti secara rasmi telah diberitahu akan mula disalurkan pada bulan September 2022. Namun tarikh rasmi masih belum diumumkan, mengikut pembayaran BKM FASA 1& 2 boleh dijangkakan akan diberikan pada fasa 3 nanti pada hujung bulan iaitu 25- 30 september. Segala maklumat terkini berkenaan BKM fasa 3 akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerjaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang tlah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button