BANTUANBKMBKM TambahanFasa 2Tarikh Pembayaran

Ramai Yang Sudah Dapat, Semak Status Pembayaran BKM Fasa 2 Sekarang

Bermula 27 Jun pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat. Bagi anda yang terlepas pandang, di halaman ini telah disediakan maklumat berkenaan BKM Fasa 2 yang perlu anda ketahui.

Kadar Bayaran Bantuan BKM Fasa 2

Bagi kadar bantuan sesi Fasa 2 BKM pada mula adlah RM 100 sehingga RM 400 bergantung kategori penerima. Namun baru-baru ini pihak Kerajaan telah mengumumkan penambahan bayaran tunai sebanyak RM 50 untuk bujang dan RM 100 untuk Isi Rumah, ini bermakna kadar baru bayaran BKM Fasa 2 adalah sehingga RM 500.

Tarikh Rasmi Pembayaran Fasa 2

Bagi tarikh pembayaran BKM Fasa 2 secara rasmi telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia iaitu bermula 27 Jun 2022. Seperti pembayaran sesi Fasa 1, pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima dahulu. Bermula 28 Jun (Selasa) pembayaran akan disalurkan kepada semua senarai Bank yang telibat. Dijangkakan pembayaran akan diberikan sehingga 5 Julai 2022.

Semakan Status Pembayaran BKM Fasa 2

Kepada penerima BKM yang layak, ramai yang tertanya berapakah jumlah yang mereka akan terima pada Fasa kedua ini selepas pengumuman bayaran tambahan. Anda tidak perlu risau, kini semakan pembayaran sudah boleh dibuat. Anda hanya perlu menyemak status pembayaran BKM fasa 2 akaun anda melalui Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Bilakah Pembayaran Seterusnya?

Untuk sedia maklum, sekarang pembayaran BKM Fasa 2 sedang dijalankan. Bagi pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan diberikan pada bulan September dan Disember. Bagi tarikh pula belum diumumkan, seperti Fasa 1 dan 2 tarikh rasmi akan diumumkan pada bulan tersebut.

Objektif Program BKM Dilaksanakan

Program Bantuan BKM ini telah dilaksanakan bagi menggantikan bantuan tahun sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Program BKM ini juga telah ditambah baik dengan kadar bantuan telah dinaikkan sehingga RM 2,600 yang akan diterima kategori isi rumah. Tujuaan utama program bantuan ini dilancarkan adalah memberi bantuan berbentuk kewangan kepada Keluarga Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup pada tahun ini. Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat membantu meringankan pembelanjaan rakyat pada tahun masa kini.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya melibatkan bantuan berbentuk tunai. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button