BANTUANBKMFASA 3

Terkini : Semak & Kemaskini Maklumat Penting BKM Fasa 3

Untuk sedia maklum, kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Sila semak dan kemaskini maklumat terbaru anda sekiranya mempunyai perubahan sebelum pembayaran BKM buat kali ketiga pada bulan September 2022 nanti.

Semakan da kemaskini maklumat adalah bagi tujuan membolehkan permohonan yang berstatus lulus sebelum ini untuk mengemaskini informasi asas jika ada sebarang perubahan.

Peringatan, kemaskini hanya dibuka untuk pemohon yang berstatus lulus sahaja dan bukan untuk rayuan permohonan. Kemaskini hanya untuk penerima BKM sedia ada sahaja.

Jadual Bayaran BKM 2022

  1. Fasa 1 bermula 28 Mac 2022
  2. Fasa 2 bermula 27 Jun 2022
  3. Fasa 3 bermula September 2022
  4. Fasa 4 bermula Disember 2022

Untuk makluman, pembayaran fasa 1 & 2 telah selesai disalurkan. Kini hanya tinggal baki fasa 3 & 4 sahaja untuk diberikan.

Maklumat BKM Fasa 3

  • Tarikh kemaskini dibuka pada bulan Ogos 2022
  • Bagi kemaskini fasa 4 akan dibuka pada bulan sebelum pembayaran seterusnya
  • Pihak LHDN telah mengumumkan jadual penerima BKM untuk kemaskini maklumat jika perlu bagi Fasa ke-3

Maklumat Yang Boleh Anda Kemaskini

Sekiranya anda mempunyai sebarang perubahan maklumat seperti dibawah, anda boleh kemaskini maklumat asas anda.

  • Perubahan nombor telefon bimbit
  • Perubahan nombor telefon kediaman
  • Alamat e-mel
  • Maklumat perwakilan
  • Nombor dan nama akaun bank

Panduan Kemaskini Maklumat

Penerima BKM boleh kemaskini maklumat asas melalui Portal Rasmi BKM – DI SINI

  1. Sila klik Log Masuk pada halaman utama
  2. Klik Kemaskini Permohonan
  3. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan sehingga selesai
  5. Klik butang hantar untuk pengemaskinian
  6. Tekan butang cetak jika perlu untuk tujuan simpanan

Anda juga boleh membuat pengemaskinian secara manual di mana-mana cawangan LHDN yang berhampiran.

Untuk rujukan dan pertanyaan lebih lajut berkenaan BKM anda boleh hubungi talian khas seperti di bawah.

  • HOTLINE BKK MOF : 03 8882 4565
  • HOTLINE BKK LHDNM : 1 800 88 2747
  • E-MEL : [email protected]

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang, tahun 2022 pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Untuk sebarang semakan, anda boleh rujuk di laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button