BANTUANMySalam

Rasmi~ Penerima BKM Fasa 3 Layak Dapatkan Insentif RM 700 Tanpa Permohonan

Adakah anda penerima Bantuan Keluarga Malaysia? Untuk makluman, pada tahun 2022 terdapat sebuah skim bantuan yang sudah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk keluarga Malaysia yang memerlukan, yang lebih penting skim bantuan ini, anda tidak perlu memohon. Anda hanya perlu semak kelayakan dan tebus.

Bantuan yang dimaksudkan adalah skim program MySalam RM 700. Di halaman ini telah disediakan butiran lengkap berkenaan skim MySalam yang boleh anda buat sebagai rujukan.

Penerima BKM Layak Mendapatkan Insentif ini

Program Mysalam ini adalh merupakan sebuah inisiatif bantuan berbentuk takaful perlindungan kesihatan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.

Untuk sedia maklum, bantuan mysalam ini diberikan secara percuma kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang memerlukan dengan kaedah menyediakan skim perlindungan takaful dan bantuan ini lebih mensasarkan terutama kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah melalui dana amanah Mysalam pada tahun 2022.

Bagi sedia maklum, tujuan utama skim bantuan mysalam ini dilancarkan adalah bagi membantu meringankan beban serta memudahkan golongan sasar yang berpendapatan rendah untuk meneruskan menjalani kehidupan yang lebih selesa dan cukup dalam persiapan bakal berdepan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi. Bantuan Mysalam ini juga merupakan salah satu inisiatif prihatin dari pihak Kerajaan pada tahun ini.

Manfaat Skim MySalam

  • Bagi anda yang layak bakal menerima bayaran insentif sebanyak RM 8 ribu yang akan dilaksanakan dalam masa yang akan diumumkan nanti
  • Bagi anda yang layak akan menerima bayaran secara harian dalam tempoh masa 14 hari untuk setahun pada kadar bayaran sebanyak RM 40 untuk sehari bersamaan RM 700 untuk setahun

Syarat Kelayakan Skim MySalam

  • Terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Terbuka kepada individu atau golongan yang berumur 40 tahun sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebah dalam masa setahun
  • Terbuka kepada individu atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebawah dalam tempoh masa setahun

Kaedah Tebus MySalam 

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat penebusan bantuan skim mysalam RM 700. Cara tebus bantuan adalah seperti berikut :

  1. Pertama, anda perlu membuat semakan. Sila layari Portal Rasmi MySalam – DI SINI
  2. Kemudian sila ikuti arahan yang telah disediakan untuk tebus sehingga selesai
  3. Kepada penerima yang layak, anda akan terima pengesahan secara melalui SMS
  4. Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima SMS dalam waktu yang ditetapkan, anda harus hubungi talian khas Mysalam – 1 300 888 983 atau melalui e-mel di [email protected]

Nota: Kepada penerima BKM, BPR atau BSH, kalian secara automatik layak. Pihak Mysalam akan terus masukan maklumat data ke dalam sistem data Mysalam 2022.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, selain skim bantuan Mysalam, terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini khususnya berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda mohon pada tahun ini, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button