BANTUAN

Bantuan SJKP 2022 – Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji Dan Pendapatan RM 1000

Pada tahun baru ini , ada berita baik untuk golongan yang berpendapatan di bawah RM 1000. Anda mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan berpendapatan di bawah RM 1000 melalui inisiatif yang dilancarkan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Negara.

Untuk pengetahuan umum, Syarikat ini 100% ditubuhkan bagi tujuan untuk membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan gaji di bawah RM 1000 sebulan. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini ( SJKP) sepenuhnya akan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Info Tentang SJKP 

Bantuan ini merupakan skim perumahan terbuka khas untuk warganegara malaysia sahaja yang mempunyai pendapatan tidak tetap. Bantuan ini meliputi skim pembelian rumah kos rendah dan sederhana dalam pembinaaan atau siap, rumah lelong dari bank dan rumah sedia ada untuk dijual.

Kriteria-kriteria Kelayakan SJKP 
  • Miliki sumber pendapatan tidak menentu/formal seperti pemandu e-hailing, perniagaan kecil, pekerja pasaraya dan lain-lain.
  • Skim hanya untuk Warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun dan keatas sahaja.
  • Beli rumah dalam pembinaan/baru /sedia ada atau lelong bank.
  • Kali pertama beli rumah mampu milik/rendah/sederhana dan tinggal di rumah tersebut.
  • Miliki pendapatan semasa bulanan dalam purata RM 1000 sebulan.
  • Dua bulan rekod tunggakan CCRIS dalam tempoh dua bulan lepas.
  • Tempat ingin miliki rumah mestilah dalam lingkungan 20 KM dari cawangan institusi kewangan yang dimohon.
  • Wajib tidak ada rekod negatif dalam tempoh 2 tahun ata bersamaan 24 bulan.
  • Jumlah bayaran balik bulanan untuk semua pinjaman adalah < 65% daripada pendapatan kasar penerima skim ini.
Senarai BANK Kewangan SJKP 
  1. Bank Rakyat
  2. Bank Muamalat
  3. Bank Islam
  4. Maybank (Islamic)
  5. Alliance Bank (Islamic)
  6. Hong Leong Bank (Islamic)
  7. AmBank
  8. Affin Bank
  9. Agro Bank
Cara-cara Untuk Mohon SJKP
  1. Pertama sekali anda diwajibkan kenalpasti rumah yang anda ingin miliki/beli dan dapatkan dokumen yang berkaitan, contohnya resit pembayaran tempatan rumah atau draf perjanjian jual beli rumah.
  2. Sila dapatkan dua surat berasingan jika pasangan miliki sumber kewangan yang berlainan.
  3. Sediakan surat pengesahan pedapatan dari orang yang telah diberikan kuasa contohnya pegawai Kerajaan Kategori A, Penghulu, Wakil Rakyat atau Pengerusi Majlis kemajuan dan Keselamatan atau JKKK.
  4. Harus sediakan dokumen-dokumen penting pendapatan seperti lesen perniagaan (SSM) ,Penyata akaun simpanan atau dokumen sokongan lain bagi menyokong jualan.
  5. Sila bawa slip gaji bagi pekerja dan penyaTA KWSP.

Nota penting: Semua permohonan tidak dilakukan terus ke pejabat SJKP, proses melalui senarai cawangan Bank / institusi yang telah dipaparkan di atas. Jika ada apa-apa perubahan atau info terbaru berkenaan SJKP pihak kami akan kemaskini, sekian.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button