Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Berjumlah RM700
Bantuan khas kewangan aidilfitri telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Untuk makluman, dalam ucapan belanjawan pada 24 Februari 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baru untuk rakyat.
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI
Salah satu insentif yang telah diumumkan adalah bantuan khas aidilfitri yang ada dalam ikhtiar 12 (menyediakan keperluan asas berkualiti). Bantuan khas ini diumumkan adalah bagi menghargai rakyat Malaysia yang terdiri daripada sektor perkhidmatan awam.
Pemberian insentif khas ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan dan manfaat yang diterima boleh membantu persiapan untuk menyambut musim perayaan aidilfitri tahun ini.
KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN
Dibawah telah disediakan kadar jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori bantuan khas kewangan sempena aidilfitri seperti berikut :
- Bayaran bantuan bernilai RM700 untuk para penjawat awam Gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak
- Bayaran bantuan bernilai RM350 untuk para pesara kerajaan.
JADUAL TARIKH BAYARAN
Untuk makluman, pembayaran bantuan khas kewangan ini akan disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan April 2023 (dijangkakan sebelum raya aidilfitri). Maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
BANTUAN-BANTUAN LAIN
Untuk pengetahuan umum, selain bantuan khas untuk penjawat awam ini terdapat bantuan lain yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia seperti berikut :
- Bantuan ujian lesen memandu motorsikal B2, lesen e-hailing, teksi dan bas
- Bantuan kredit e-tunai belia rahmah berjumlah RM200 (individu berumur 18 hingga 20 tahun)
- Dana bantuan pinjaman usahawan Mikro
- Subsidi yuran taska bernilai RM180 sebulan
- Bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM600 berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas
- Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
- Skim peduli kesihatan PEKA B40
- Tambahan caruram simpanan KWSP akaun 1 sebanyak RM500
Untuk semakan maklumat penuh berkenaan pembentangan Belanjawan 2023, sila layari portal rasmi BELANJAWAN 2023
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun 2023, terdapat bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun lalu masih diteruskan pada tahun ini untuk golongan rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.