BANTUANMySalam

Program Skim Bantuan Kewangan RM 700 Secara Automatik

Untuk makluman umum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Terdapat satu skim bantuan yang anda boleh dapatkan tanpa perlu membuat permohonan iaitu skim bantuan Mysalam.

Butiran

Program bantuan ini adalah merupakan sebuah inisiatif Skim Takaful Perlindungan Kesihatan secara percuma yang telah menyediakan skim perlindungan takaful untuk keluarga Malaysia yang berpendapatan rendah melalui Dana Amanah Mysalam 2022.

Program Mysalam ini diwujudkan bagi tujuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi memudahkan kehidupan harian dalam komuniti apabila berhadapan dengan cabaran kewangan serta penyakit yang dihidapi.

Kadar Bantuan

Di bawah adalah kadar bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak skim Mysalam 2022 seperti berikut :

  • Akan menerima bayaran bantuan harian sebanyak RM 40 dalam tempoh 14 hari bersamaan RM 700 setahun
  • Akan menerima bayaran sebanyak RM 8,000 yang akan diberikan pada masa yang akan diberitahu

Untuk sedia maklum, Skim bantuan Mysalam akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik bermula pada tahun ini.

Syarat Kelayakan 

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan Mysalam yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Golongan / Individu yang berusia 40 tahun hingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM 24,000 dan kebawah
  • Golongan / Individu yang berusia dari 18 tahun hingga 65 tahun dan pasangan
  • Golongan / Individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berusia dari 18 tahun sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebawah dalam masa setahun

Senarai Penyakit Yang Boleh Tuntut Mysalam 

  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Alzheimer atau Demensia teruk
  • Meningitis Bakteria
  • Koma
  • AIDS
  • Serangan Jantung
  • Angin Ahmar
  • Stroke
  • Jangkitan HIV
  • Dan penyakit kritikal yang lain – Senarai penuh – DI SINI

Cara Tebus Skim Mysalam RM 700

Untuk makluman, kepada penerima bantuan kewangan dari pihak Kerajaan sebelum ini seperti BPR , BSH dan yang terbaru BKM, anda akan secara automatik layak. Data anda akan terus dimasukkan ke dalam sistem data Mysalam 2022. Sebarang semakan boleh anda buat secara online, sila layari Portal Rasmi Mysalam – DI SINI

Kepada penerima yang layak, anda akan terima pengesahan melalui SMS, sekiranya anda layak tapi tiada menerima SMS, anda boleh terus menghubungi pihak Mysalam di talian – 1 300 888 938 atau menghantar emel di [email protected] untuk makluman seterusnya.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis program dan bantuan khususnya berbentuk tunai. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button