BANTUANBAPJKM

Bantuan Kewangan BAP RM250 – RM500 Sebulan

Bantuan kewangan BAP ini adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk sedia maklum pihak JKM telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus buat golongan rakyat yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

Salah satu inisiatif yang disediakan adalah Bantuan Anak Pelihara (BAP) untuk mereka yang berkelayakan. Penerima boleh mendapatkan bantuan BAP ini sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan.

PROGRAM BANTUAN BAP

Untuk makluman umum, bantuan anak pelihara ini merupakan sebuah program yang bertujuan membantu golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, berstatus yatim , piatu atau tidak mempunyai saudara.

Pihak JKM amat prihatin kepada golongan sasar yang memerlukan bantuan. Hal ini dapat membantu kumpulan kurang bernasib baik dari segi kewangan agar dapat terus tinggal di dalam komuniti masyarakat yang harmoni.

Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak pelbagai jenis senarai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan di laman utama – SEMAK DISINI

JUMLAH BANTUAN

Kepada pomohon yang layak akan menerima jumlah bayaran bantuan kewangan BAP pada kadar seperti berikut :

  • Bantuan sebanyak RM250 sebulan untuk seorang anak
  • Sebulan keluarga boleh mendapatkan maksimum bantuan sebanyak RM500 sebulan untuk bilangan anak 2 dan keatas
  • Bantuan JKM dibuka sepanjang tahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah disediakan bagi memohon bantuan BAP ini seperti dibawah :

  • Terbuka kepada kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya
  • Kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga pelihara
  • Kanak-kanak yang diambil dari Program anak pelihara dibawah kendalian JKM
  • Kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat menerusi akta pengangkatan 1952 atau akta pendaftaran pengangkatan 1952.

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut telah dikongksikan panduan permohonan bagi mendapatkan bantuan anak pelihara maksimum RM500 sebulan ini.

  • Setiap permohonan bantuan khas ini harus dilakukan melalui peringkat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan atau bahagian di seluruh negara Malaysia
  • Untuk setiap permohonan yang telah didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak menerima

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan penyata gaji sekiranya anda
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

  • Borang permohonan bantuan – JKM 18
  • Borang kaji semula bantuan – JKM 20

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang masalah permohonan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan JKM ini, sila hubungi talian khas di 03-8000 8000 atau layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI untuk semakan maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button