BANTUANBKMFasa 4

Semakan BKM Fasa 4 (Pembayaran Terakhir)

Untuk sedia maklum, semakan BKM Fasa 4 adalah merupakan pembayaran terakhir bagi Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun ini.

Semua kategori kecuali bujang akan menerima bayaran fasa ke 4 nanti. Telah diumumkan bahawa bayaran akan disalurkan pada bulan Disember 2022 secara kredit ke akaun penerima dan secara tebus di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Panduan Semakan BKM

Langkah pertama, anda perlu layari portal Rasmi MyBKM – DI SINI

Seterusnya sila Log Masuk dengan cara masukkan nombor kad pengenalan dan kata kekunci yang telah anda tetapkan.

Tekan tombol semakan status untuk lihat status pembayaran BKM anda. Anda juga boleh tekan pada profil untuk semak senarai bantuan yang telah anda terima sebelum ini bersama amaun bayaran yang telah anda terima.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 4

Bagi yang terlepas pandang, bayaran kali ini adalah yang terakhir kali penerima akan dapatkan. Jumlah yang akan diterima berbeza, bergantung kelayakan sehingga RM 900.

Jadual Bayaran BKM

Fasa 1 – Bermula 28 Mac 2022 (Selesai)

Fasa 2 – Bermula 27 Jun 2022 (Selesai)

Fasa 3 – Bermula 20 September 2022 (Selesai)

Fasa 4 – Bermula Disember 2022, dijangkakan pembayaran akan disalurkan pada pertengahan atau penghujung bulan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk semakan berkenaan BKM anda boleh layari portal MyBKM yang telah disediakan diatas. Bagi yang terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan untuk mereka yang memerlukan. Untuk semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button