BANTUANRMRRUMAH

Program Perumahan (RMR) 2024 : Permohonan Kini Dibuka

Program Perumahan (RMR) 2024 adalah merupakan salah satu inisiatif kemudahan bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Perlaksanaan program istimewa ini dilaksanakan sepanjang tahun bagi memberi manfaat kepada rakyat.

PROGRAM PERUMAHAN (RMR) 2024

Pihak kerajaan melalui Syarikat perumahan negara Berhad memaklumkan bahawa program bantuan projek-projek perumahan RMR diteruskan pada tahun ini. Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini ditawarkan khas kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki kediaman sendiri.

Menerusi program khas ini, peruntukan sesebuah rumah dikenakan pada kadar nilai daripada RM75,000 hingga 85,000. Untuk pengetahuan umum, sekitar lebih daripada 58 ribu buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh program ini dilancarkan.

Rumah Mesra Rakyat ini diberi keutamaan dan lebih memfokuskan kepada mereka yang berada dalam kelompok pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan. Ini bermakna, golongan B40 dan M40 berkelayakan untuk menyertai program perumahan ini.

MANFAAT & KELEBIHAN PROGRAM PERUMAHAN (RMR) 2024

Terdapat manfaat yang ada dalam program khas ini, kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan subsidi pembinaan berjumlah RM20,000. Apa yang menarik adalah struktur pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

CIRI-CIRI UTAMA PERUMAHAN (RMR) 2024

Kadar harga rumah mesra rakyat adalah berbeza mengikut kawasan negeri dan daerah. Namun konsep pembinaan rumah adalah sama iaitu mempunyai 1 ruang tamu, 1 dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

KAWASAN (SEMENANJUNG)

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000
  • Bantuan Subsidi bina rumah : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Bayaran bulanan dalam anggaran : RM300 sebulan selama 16 tahun sahaja

KAWASAN (SABAH, LABUAN & SARAWAK)

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000 sehingga RM105,000
  • Bantuan subsidi bina rumah : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Bayaran bulanan dalam anggaran : RM300 – RM470 sebulan selama 16 tahun sahaja

KRITERIA KELAYAKAN MOHON PERUMAHAN RMR 2024

Pemohon perlu menepati syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 sebulan
  • Individu/ pemohon berumur 18 tahun dan keatas (Tidak melepasi 65 tahun)
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah sendiri atau rumah dalam keadaan usang
  • Tapak tanah perlu bersesuaian dan bebas daripada jenis gadaian
  • Kepada pemohon yang bukan pemilik tanah wajib mendapatkan surat kebenaran dari pemilik tanah.

CARA DAFTAR PERMOHONAN PERUMAHAN (RMR)

Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan rumah sendiri daripada program khas yang ditawarkan ini pada kadar harga mampu milik. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi Rumah Mesra Rakyat – SPNB

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button