BANTUANBKM

Tarikh Pembayaran BKM 2022 : Kategori Bujang Dan Isi Rumah

Pada tahun sebelum Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah salah satu Insentif Kewangan Bantuan dari Pihak Rakyat yang terbesar diberi kepada seluruh rakyak Malaysia yang tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Pada tahun ini, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah menggantikan Insentif Bantuan BPR, tujuan utama Bantuan BKM dilancarkan bagi mensasarkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah untuk dapat membantu meringankan beban dan kos sara hidup pada zaman sekarang.

Cara Pembayaran BKM 2022 mempunyai 4 Fasa keseluruhan. Fasa tersebuat dibayar pada bulan-bulan berlainan iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember 2022. Di bawah pihak kami telah kongsikan maklumat berkenaan tarikh jadual rasmi pembayaran berfasa BKM 2022.

Jadual Ber-Fasa Pembayaran BKM 2022

Untuk makluman semua, pembayaran BKM 2022 akan terbahagi kepada 4 fasa dan di bawah telah di sediakan maklumat lengkap berkenaan jadual pembayaran Bantuan BKM 2022

FASA 1

  • Pembayaran dilakukan pada bulan Mac 2022
  • Penerima ialah golongan kategori Bujang, Isi rumah dan warga emas

FASA 2

  • Pembayaran dilakukan pada bulan Jun 2022
  • Penerima ialah golongan kategori Isi rumah dan warga emas

FASA 3

  • Pembayaran dilakukan pada bulan September 2022
  • Penerima ialah golongan kategori bujang , isi rumah dan warga emas

FASA 4 (AKHIR)

  • Pembayaran dilakukan pada bulan Disember 2022
  • Penerima ialah golongan kategori bujang dan isi rumah
Perlu Membuat Permohonan BKM 2022?

Bagi pengetahuan semua, Jika anda penerima bantuan seperti BPR , BKC B40 dan GKP. Data maklumat anda akan terus masuk ke sistem pengkalan data BKM 2022. Anda tidak perlu membuat permohonan baru, anda cuma perlu kemaskini perubahan maklumat terbaru sahaja jika ada.

Manakala bagi pihak yang tiada rekod dalam pengkalan data sedia ada dalam platform LHDNM , anda perlu membuat permohonan baru BKM 2022. Sebarang kemaskini maklumat dan permohonan baru boleh terus ke Portal Rasmi BKM  – DI SINI

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang senarai Insentif Kewangan atau ingin mengetahui lebih terperinci maklumat Bantuan yang ada pada tahun 2022 yang layak untuk anda buat permohonan, anda boleh terus ke Laman Rasmi yang kami telah sediakan di – SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button