KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Senarai Pengeluaran KWSP 2024 Yang Dibenarkan Kepada Ahli

Senarai Pengeluaran KWSP 2024 : Terdapat beberapa kategori pengeluaran yang dibenarkan kepada ahli selagi mematuhi kriteria kelayakan. Untuk makluman, pada tahun ini pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

SENARAI PENGELUARAN KWSP 2024

Seperti sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menjaga simpanan persaraan pekerja. Simpanan ini pada dasarnya untuk waktu persaraan, namun atas keprihatinan pihak KWSP bersetuju untuk membenarkan pengeluaran dalam keadaan tertentu bagi tahun ini.

Sebenarnya ahli KWSP boleh mengeluarkan wang mereka atas sebab-sebab tertentu melalui akaun 1 dan akaun 2. Senarai jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan pada tahun ini adalah seperti di bawah.

RAWATAN KESIHATAN

Pencarum KWSP yang menerima rawatan di mana-mana institusi perubatan domestik boleh mengeluarkan dana sebagai kos rawatan.

PERUMAHAN

Ahli yang ingin keluarkan wang mereka melalui akaun 2 untuk tujuan membeli rumah, membina rumah, menyelesaikan baki pinjaman rumah dibenarkan.

PENDIDIKAN

Pengeluaran boleh dilakukan kepada ahli yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara atau menerima pinjaman daripada (IPP).

UMUR 50

Setiap ahli yang telah mencapai umur diantara 50 dan 55 tahun yang mempunyai simpanan dalam akaun 2, pengeluaran sebahagian atau penuh dibenarkan.

WANG SIMPANAN MELEBIHI RM1 JUTA

Mereka yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta, pengeluaran boleh dilakukan.

KRITERIA KELAYAKAN ASAS PENGELUARAN KWSP 2024

Pihak KWSP telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan pengeluaran bagi tahun ini seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara atau penduduk tetap
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi jumlah pengeluaran maksimum yang telah ditetapkan oleh KWSP
  • Ahli yang telah berdaftar sebagai pengguna i-akaun boleh melakukan permintaan secara dalam talian.

Nota : Sekiranya lulus, pembayaran akan dilakukan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau bank rakan strategik KWSP.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KWSP 2024

Kepada kalian yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button