BANTUANBujangFasa 2STR

Bayaran STR Bujang Telah Mula Dikreditkan

Bayaran STR bujang berjumlah RM100 bagi fasa kedua telah mula dibayar secara kredit dan tebus tunai di cawangan BSN. Untuk makluman, bermula 5 April 2023 pembayaran Sumbangan tunai rahmah fasa kedua telah mula diberikan secara berperingkat.

BAYARAN STR BUJANG

Untuk makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Bagi kategori bujang, mereka akan menerima bayaran khas ini berjumlah RM350.

Pembayaran akan diberikan secara berperingkat, bagi pembayaran STR fasa 1 diberikan sebanyak RM100 dan fasa 2 sebanyak RM100. Baki lagi RM150 akan dibayar pada fasa berikutnya yang dijadualkan bulan Julai dan November 2023.

Kepada penerima sedia ada kategori bujang, bermula 5 April anda sudah boleh menyemak status bayaran bagi penerima secara kredit ke dalam akaun bank. Manakala bagi penerima tiada kad bank, bermula pada tarikh yang sama anda boleh pergi ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran untuk tebus secara tunai.

Sila membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan maklumat diri. Dijangkakan pembayaran STR fasa kedua ini akan selesai diagihkan sebelum hari raya aidilfitri.

BANTUAN TAMBAHAN STR

Pada sidang belanjawan 2023 yang dibentangkan 24 Februari lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan tambahan berjumlah RM600 akan diberikan kepada penerima STR sedia ada. Kategori yang layak menerima tawaran bantuan tambahan ini adalah terdiri daripada golongan keluarga miskin tegar.

Bantuan tambahan RM600 ini bukan berbentuk tunai tetapi diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Inisiatif khas ini ditawarkan kepada golongan keluarga miskin tegar sahaja.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima bantuan tunai ini, bermula hari ini anda boleh membuat semakan status pembayaran STR fasa 2. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Anda boleh semak status pembayaran anda bagi fasa kedua ini. Untuk sedia maklum, pembayaran STR fasa 2 diberikan pada kadar RM100 kepada bujang dan warga emas. Manakala isi rumah terima sebanyak RM200.

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan April ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia bagi membuat persiapan raya. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button