BANTUANBeliaBKM

Bantuan Kewangan Bujang : Pembayaran Mula Dibuat Pada Bulan Mac 2022

Pada tahun 2022, Pihak Kerajaan telah melancarkan Bantuan baru yang telah menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyak (BPR) kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Dengan adanya Bantuan kewangan maksimum pembayaran sebanyak RM 2,000 dapat meringankan beban serta kos sara hidup rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah pada tahun ini.

Dalam Bantuan Keluarga Malaysia ini, Jumlah bantuan berbentuk kewangan telah ditambah naik berbanding bantuan tahun sebelum iniuntuk mencapat jumlah penerima yang layak tahun ini.

Kategori Bujang Dan Kadar Pembayaran

Disediakan maklumat bagi kategori bujang dan kadar pembayaran kepada penerima yang layak seperti berikut :

  • Golongan bujang yang berpendapatan RM 2,500 dan kebawah – akan menerima bayaran sebanyak RM 350
  • Golongan Warga emas yang berumur sekitar 60 tahun dan keatas dan berpendapatan bulanan 5M 5,000 dan kebawah, tidak mempunyai pasangan / bujang – akan menerima bayaran sebanyak RM 600
Tarikh Pembayaran 

Untuk makluman semua, Pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan melalui 4 fasa dalam tahun 2022. Tarikh pembayaran akan bermula pada Mac 2022.

Syarat Kelayakan Kategori Bujang
  • Berstatus Bujang atau duda atau janda atau ibu bapa tunggal
  • Status pendapatan bujang bulanan sebanyak RM 2,500 dan ke bawah
  • Menepati had umur iaitu 21 hingga 59 tahun
Perlu Membuat Permohonan?

Bagi kepada yang telah menerima bantuan sebelum ini iaitu BPR , BKC dan GKP, data maklumat anda akan secara automatik masuk ke sistem BKM 2022 untuk semak kelayakan.

Jika tiada rekod dalam pengkalan data sedia ada LHDNM, anda perlu membuat permohona baru. Bagi penerima sedia ada, jika ada sebarang perubahan maklumat terkini anda perlu membuat semakan kemaskini maklumat anda dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Tarikh Tutup Permohonan dan Kemaskini BKM 

Untuk makluman, sebarang permohonan baru atau kemaskini maklumat boleh dilakukan sebelum tarikh tutup pada 31 Januari 2022.

Dengan adanya Bantuan BKM 2022 ini, pihak admin harap lebih ramai rakyat yang menerima bantuan ini dan secara langsung dapt meringan pembelanjaan pada tahun ini.

Jika anda terlepas pandang senarai bantuan yang ada pada tahun 2022, pihak kami telah sediakan senarai bantuan pada Laman Utama yang anda boleh boleh buat sebagai rujukan untuk membuat permohonan bantuan yang anda berkelayakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button