BANTUANBINGKASeWallet

Rasmi : Bantuan E-Wallet RM300 Sebulan Ditawarkan Untuk B40

Rasmi : Bantuan E-Wallet bernilai RM300 sebulan kini ditawarkan kepada golongan B40 yang memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, terdapat sebuah inisiatif yang boleh dimohon pada tahun ini sekiranya menepati kelayakan.

RASMI : BANTUAN E-WALLET RM300

Pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif berbentuk bantuan e-wallet pada tahun ini yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera. Program khas ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan memerlukan yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

Perlaksanaan program bantuan ini atas dasar keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Bantuan BINGKAS ini akan melibatkan pemberian secara bulanan berjumlah RM300 kepada pemohon yang layak.

Peruntukan sebanyak sekitar RM108 juta akan memberi manfaat kepada kira-kira 30 ribu keluarga yang layak. Program ini juga telah diluaskan capaian dan menambah baik program terdahulu iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan (KISS IT).

MANFAAT BANTUAN E-WALLET

Kepada penerima yang layak akan dapat manfaat daripada program BINGKAS ini seperti berikut :

  • E-wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas bernilai RM300
  • Urusan pembelian secara tanpa tunai (Ewallet)
  • Nilai ewallet RM300 akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah umur 18 tahun
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan (B40)
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada isi rumah yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi BINGKAS – KLIK DISINI

Program bantuan khas ini diutamakan kepada warga negeri Selangor dan keluarga memerlukan yang telah menetap lebih 10 tahun. Kepada yang berkelayakan disarankan memohon agar dapat manfaat dari program BINGKAS ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BINGKAS, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini untuk meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button