BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 Telah Diumumkan – Kategori & Individu Yang Terima

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah melancarkan Inisiatif bantuan berbentuk tunai kepada Keluarga Malaysia. Di halaman ini telah disediakan maklumat ringkas berkenaan Jadual, kategori penerima dan tarikh rasmi bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Untuk sedia maklum , jadual pembayaran bagi BKM tahun 2022 telahpun diumumkan oleh pihak Kerajaan. Bayaran BKM terbahagi kepada 4 Fasa pada bulan yang berbeza iaitu Fasa 1 pada Mac (Sudah dilaksanakan) , Fasa 2 Jun, Fasa 3 September dan Fasa 4 Disember 2022.

Kategori & Kadar Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran bagi Fasa 2 BKM yang ditunggu-tunggu pada bulan Jun ini melibatkan semua kategori kecuali kategori Bujang. Kategori bujang akan terima bayaran BKM pada fasa 1 dan fasa 3 sahaja. Manakala kadar bayaran BKM Fasa 2 adalah sebanyak RM 100 sehingga RM 400 bergantung pada kategori kelayakan penerima.

Jadual Bayaran BKM 2022

Bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 ini terbahagi kepada 4 fasa pembayaran. Butiran dan jadual adalah seperti berikut :

FASA 1 : Pembayaran bermula pada tarikh 28 Mac 2022 dan semua kategori terlibat (Pembayaran selesai diagihkan)

FASA 2 : Pembayaran pada bulan Jun 2022 (Dijangkakan bermula 15 Jun 2022 secara berperingkat) dan semua kategori terlibat kecuali kategori Bujang

FASA 3 : Pembayaran pada bulan September 2022 dan semua kategori terlibat

FASA 4 : Pembayaran pada bulan Disember 2022 dan semua kategori terlibat kecuali kategori Bujang.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 

Pembayaran BKM Fasa 2 dijangka akan mula diberikan bermula pada 15 Jun 2022 yang akan dikreditkan secara berperingkat. Tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa.

Semakan Status BKM 2022

Kepada yang terlupa, anda boleh semak status permohonan BKM anda secara online. Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI 

Sila log masuk dan ikuti arahan disediakan sehingga status permohonan anda dipaparkan pada skrin.

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan BKM, terdapat perbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2022 bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button