Bayar BilKemudahan

Kemudahan Untuk Semak Dan Bayar Bil Api Secara Atas Talian

Untuk sedia maklum, mejoriti perumahan di negara Malaysia menggunakan khidmat elektrik dari pihak Tenaga Nasional Berhad atau sinonim dengan nama TNB sebagai syarikat bekalan tenaga elektrik.

Sudah semestinya setiap bulan kita menerima bil untuk dibayar mengikut jumlah kegunaan tenaga elektrik yang kita sudah gunakan. Kepada yang terlepas pandang, kini bil elektrik TNB boleh disemak dan dibayar secara atas talian (Online) melalui Laman Rasmi TNB dan juga aplikasi MyTNB tanpa perlu lagi hadir dan bayar dikaunter.

Panduan Cara Semak Bil Elektrik TNB Secara Online

Kini anda boleh membuat semakan dan lunaskan bayaran bil TNB secara online sahaja. Pihak TNB telah menaik taraf supaya dapat memudahkan pengguna membayar bil elektrik berdasarkan bulan yang anda kehendaki.

Anda boleh membuat semakan bil TNB, sila layari Portal Rasmi myTNB – DI SINI

Panduan Semakan

  1. Sila daftar dengan tekan butang “Register Now”
  2. Kemudian  sila isi lengkap maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan
  3. Tekan butang “Register” for myTNB account
  4. Selepas selesai mendaftar, sila log masuk akaun
  5. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah anda tetapkan semasa daftar
  6. Selepas anda berjaya log masuk, butiran berkenaan bil api anda akan dipaparkan pada skrin berdasarkan bulan dalam bentuk draf.

Panduan Cara Semak & Bayar Bil Elektrik Melalui Aplikasi MyTNB

Aplikasi ini bagi pengguna IOS dan android bagi memudahkan pengguna semak dan bayar bil TNB. Sila muat turun dan pasang aplikasi MyTNB di telefon pintar anda iaitu di Play store atau App store.

Selesai muat turun aplikasi tersebut, sila register dengan memasukkan nombor IC dan nomber telefon anda. Selepas itu sila isikan PIN nombor yang telah dihantar melalui SMS. Bukan itu sahaja, anda boleh membuat bayaran bil elektrik secara online di dalam aplikasi myTNB tersebut. Sekiranya anda ingin bertanyakan berkenaan sistem kemudahan ini, anda boleh menhubungi terus di talian TNB Careline – 1 300 88 5454.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai kemudahan dan bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button