BANTUANKemudahanRUMAH

Panduan Memohon Rumah Mampu Milik B40 Tahun 2022

Untuk makluman semua, pada tahun 2022 terdapat pelbagai skim program perumahan mampu milik yang boleh anda ketahui untuk rujukan jika ingin memiliki rumah terutama rumah mampu milik untuk golongan B40 melalui Portal TEDUH.

TEDUH adalah merupakan Portal Rasmi yang menyediakan dan memaparkan fungsi dan maklumat carian berkaitan program dan projek perumahan awam dan swasta yang ada di negara Malaysia dan menjadi sebagai pintu “One-stop Centre” bagi individu yang ingin memohon skim perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Program Perumahan Di bawah TEDUH

Skim Perumahan PR1MA : Skim Rumah PR1MA merupakan sebuah skim perumahan berkualiti tinggi yang berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Bagi kadar harga rumah PR1MA adalah bermula dari RM 100,000 sehingga RM 400,000 se unit.

Skim Rumah PPR Dimiliki : Program PPR untuk dimiliki adalah merupakan inisiatif pihak Kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selamat selesa kepada golongan kumpulan sasar iaitu golongan rumah setinggan dan individu yang berpendapatan rendah, RM 3,000 dan kebawah sebulan. Bagi kadar harga rumah PPR ialah RM 35,000 per unit di Semenanjung dan RM 42,000 per unit di Sabah dan Sarawak.

Skim Rumah PPR Disewa : Skim Rumah PPR untuk disewa ini telah diwujudkan pada tahun 2002 dan ia bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar bayaran sewaan bulanan serendah RM 124 sebulan.

Skim Perumahan PPAM : Program perumahan PPAM merupakan sebuah skim rumah mampu milik bagi untuk penjawat awam. Skim ini telah diperkenalkan pada awal tahun 2013 dan sehingga hari ini diteruskan bagi tujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah membeli dan memiliki rumah sendiri terutama di kawasan bandar.

Skim Rumah SPP : Skim Pinjaman Perumahan atau lebih dikenali sebagai SPP adalah merupakan sebuah skim yang diuruskan sepenuhnya melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Cara Daftar & Mohon Rumah Mampu Milik

Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat pendaftaran permohonan melalui laman rasmi TEDUH KPKT – DI SINI . Anda boleh rujuk di laman tersebut maklumat terperinci dan cara membuat permohonan telah disediakan di portal rasmi tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan semasa permohonan atau pertanyaan berkenaan rumah mampu milik, anda boleh terus hubungi talian khas seperti berikut :

Maklumat Lanjut

Selain dari inisiatif skim perumahan mampu milik ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk tunai bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button