BANTUANeTunaiKredit

Bantuan Kredit E-Tunai RM100 : Khas Untuk Kategori B40 & M40

Bantuan kredit E-Tunai RM100 adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan percuma yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Untuk makluman, pemberian insentif khas ini akan diberikan kepada kategori B40 dan M40.

BANTUAN KREDIT E-TUNAI RM100

Semasa Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara 27 Julai lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan satu lagi inisiatif khas kepada rakyat.

Apa yang menarik adalah kredit e-tunai percuma ini akan diberikan kepada golongan dewasa berumur 21 tahun dan ke atas. Mereka yang mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 boleh dapatkan kredit etunai percuma ini.

Insiatif khas ini akan membabitkan peruntukan sekitar 1 bilion dan akan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada kategori B40 & M40. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (Cashless).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-TUNAI

Buat masa ini terdapat beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Kategori B40 & M40
  • Pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000

KADAR BANTUAN KREDIT E-TUNAI

Sebelum ini kerajaan telah melancarkan bantuan kredit e-tunai RM200 yang dikenali sebagai ebelia Rahmah. Kali ini kadar bantuan kredit e-tunai RM100 akan diberikan kepada golongan dewasa berumur 21 tahun dan keatas pula.

Untuk sedia maklum, bantuan etunai tidak diberikan secara tunai. Bantuan ini diberikan secara kredit ewallet melalui penyediaan perkhidmatan edompet seperti Touch n go, Boost dan Setel.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN E-TUNAI

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas etunai ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023. Ini bermakna diantara bulan Oktober hingga Disember akan dilancarkan.

Kerajaan perlu memperincikan setiap inisiatif bagi benar-benar memberikan manfaat kepada golongan yang memerlukan. Segala maklumat terkini berkenaan e-tunai akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan pada sidang BELANJAWAN 2023 bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila ke laman utama SEMAK DISINI untuk lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button