BANTUANKerajaanMySalam

Bantuan Kewangan Khas RM700 Untuk Rakyat Malaysia B40

Bantuan kewangan khas RM700 adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Untuk makluman, terdapat satu skim bantuan yang anda boleh dapatkan secara automatik tanpa perlu memohon iaitu bantuan MySalam.

Program bantuan Mysalam ini adalah merupakan sebuah skim takaful perlindungan kesihatan yang diberikan secara percuma kepada golongan b40, berpendapatan rendah dan miskin melalui dana amanah Mysalam tahun ini.

Bantuan kewangan khas Mysalam ini diperkenalkan bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan secara tidak langsung dapat memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah dari kalangan kumpulan b40 untuk menjalani kehidupan lebih selesa apabila berhadapan dengan persediaan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

KEPENTINGAN BANTUAN KHAS 

Dibawah disediakan kepentingan dan manfaat yang boleh didapatkan dalam skim bantuan mysalam ini seperti berikut :

  • Penerima yang layak akan terima bayaran bantuan harian bagi tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari bersamaan RM700 setahun
  • Bakal menerima bantuan RM8,000 yang akan diagihkan dalam masa yang akan diumumkan nanti
  • Pada tahun ini, perlaksanaan bantuan mysalam telah diperluaskan kepada penerima BKM secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan kewangan khas ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada individu yang berumur 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Individu / golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 18 sehingga 65 tahun dengan mempunyai pendapatan RM24,000 dan kebawah (setahun)
  • Individu berumur 40 sehingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan RM24,000 dan kebawah (setahun).

PANDUAN TUNTUT BANTUAN 

Sekiranya ada berminat mendapatkan bantuan mysalam ini, tuntutan boleh dibuat secara atas talian. Panduan disediakan seperti berikut :

  • Bagi penerima bantuan kerajaan seperti BSH, BPR dan BKM, secara automatik layak. Data maklumat secara automatik dimasukkan di dalam sistem Mysalam
  • Untuk semakan tebus boleh dibuat melalui portal rasmi MySalam – DI SINI
  • Bagi penerima bantuan yang layak akan dimaklumkan menerusi perkhidmatan SMS
  • Sekiranya anda sudah layak tetapi tidak menerima sebarang makluman menerusi SMS, anda boleh menghubungi talian khas di 1-300 888 938 atau hantar emel ke alamat [email protected]

Untuk semakan senarai penyakit yang membolehkan anda tuntut bantuan kewangan khas mysalam ini, sila semak senarai – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan mysalam yang dibuka sepanjang tahun ini, terdapat bantuan lain yang masih disediakan oleh pihak kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button