BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Jadual Bayaran BKM Fasa Kedua Mengikut Senarai Bank

Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan program bantuan berbentuk tunai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2022. Bagi penerima BKM akan diberikan bayaran Fasa kedua pada bulan Jun ini yang melibatkan kadar bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 400 bergantung jumlah bilangan anak dan kategori.

Untuk sedia maklum, jumlah bayaran BKM akan dibahagi kepada 4 fasa. Fasa 1 bulan Mac (Selesai) Fasa 2 Bulan Jun, Fasa 3 bulan September dan terakhir Fasa 4 pada bulan Disember 2022. Berdasarkan senarai BKM, bayaran membabitkan jumlah dana yang terbesar oleh kerajaan pada tahun ini. Ini bagi memastikan golongan yang layak dan memerlukan supaya tidak tercicir.

Kadar Bayaran BKM Fasa 2

Bagi kadar bayaran BKM fasa 2 adalah dari RM 100 – RM 400 bergantung pada kategori kelayakan. Dalam Fasa 2 BKM hanya kategori Bujang terkecuali kerana kategori tersebut akan menerima bayaran pada fasa 1 dan fasa 3 sahaja. Anda boleh membuat semakan status BKM anda untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan anda terima pada Fasa kedua BKM, sila layari Laman Rasmi BKM untuk semakan status anda – DI SINI

Jadual Tarikh Bayaran BKM FASA 2

Pembayaran BKM Fasa kedua akan diagihkan secara berperingkat bermula 27 Jun 2022. Sila semak jadual pembayaran BKM fasa 2 mengikut Bank pilihan anda seperti berikut :

  • Bank BSN – Bayaran bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Isnin)
  • Bank Maybank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat (Selasa)
  • Affin Bank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • RHB Bank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • Bank Muamalat – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • CIMB Bank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • Bank Rakyat – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • Ambank – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • Bank Islam – Bayaran bermula 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • Public Bank – Bayaran bermula pada 28 Jun 2022 secara berperingkat
  • Bank Hong Leong – Bayaran bermula pada 28 Jun 2022 secara berperingkat

Mengikut pembayaran BKM fasa 1, pengkreditan ke akaun BSN lebih cepat berbanding bank lain. Diharapkan anda bersabar kerana pengagihan bayaran ini disalurkan secara berperingkat seperti fasa 1.

Maklumat Lanjut

Selain dari Bantuan BKM, terdapat inisiatif lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2022 khususnya melibatkan bantuan kewangan seperti BKM. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button