KWSPPengeluaran KhasPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Jenis Kemudahan Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini

Jenis kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada pencarum untuk tujuan peribadi tersedia. Walaupun pada masa ini pihak kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas 2.0, terdapat kemudahan pengeluaran yang disediakan kepada ahli selagi menepati syarat kelayakan.

JENIS KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP 

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan dan menawarkan beberapa jenis kemudahan pengeluaran wang KWSP. Tujuan kemudahan ini adalah bagi membantu para ahli yang ingin membuat pengeluaran wang mereka pada tahun ini.

Kesemua kemudahan pengeluaran yang dibenarkan adalah secara bersyarat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh menyemak 3 jenis kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan seperti di bawah.

PENGELUARAN MEMBIAYAI PEMBELIAN RUMAH

Pihak KWSP membenarkan ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk membeli rumah melalui akaun 2. Kemudahan ini ditawarkan kepada ahli yang berumur 55 tahun kebawah dan mempunyai baki minimum akaun 2 sebanyak RM500.

Warganegara Malaysia dan bukan warganegara boleh memohon pengeluaran khas ini. Kepada ahli yang belum mempunyai rumah sendiri diutamakan untuk membuat pengeluaran wang KWSP.

PENGELUARAN MENCAPAI UMUR 60 TAHUN

Kepada ahli KWSP yang telah mencapai umur 60 tahun, keseluruhan simpanan yang terkumpul pada akaun 55 dan akaun emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Ahli boleh membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran sebahagian wang anda.

Kemudahan pengeluaran ini adalah merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun. Kemudahan ini untuk ahli yang memilih untuk melanjutkan tempoh persaraan dan menyambung pekerjaan selepas umur 55 tahun.

MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Untuk ahli yang telah mencapai umur 50 tahun, anda sudah layak untuk membuat pengeluaran secara sebahagian ataupun penuh baki simpanan akaun 2 KWSP. Kemudahan pengeluaran ini adalah sebagai persediaan hari persaraan ahli.

Pengeluaran ini dibuka untuk semua ahli KWSP yang telah mencapai umur 50 tahun dan ke atas yang mempunyai simpanan dalam akaun 2 KWSP.

Nota : Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan pengeluaran KWSP secara penuh dan sebahagian telah disediakan. Untuk semakan dan panduan permohonan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah memperkenalkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button