i-SuriKWSP

RASMI : Insentif Khas Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah RM 480

Berita baik untuk golongan wanita terutama kepada para suri rumah dan ibu tunggal, kini golongan ini boleh membuat pilihan mencarum di platform KWSP dengan mendapatkan insentif istimewa RM 480 di bawah program i-Suri pada tahun 2022.

Tujuan utama perlaksanaan program khas dari KWSP ini bagi mengiktirafkan sumbangan golongan suri rumah kepada ahli keluarga dan pembangunan ekonomi dalam negara. Terdapat banyak manfaat dalam program i-suri, maklumat ringkas telah disediakan untuk rujukan anda.

Syarat-Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi pendaftaran i-suri KWSP seperti berikut:

  • Individu merupakan Warganegara Malaysia
  • Merupakan suri rumah yang telah berdaftar dan telah didaftarkan dalam pengkalan data kemiskinan negara (EKasih) setakat 30 November 2019
  • Berumur 60 tahun dan kebawah
  • Telah mencarum sekurang-kurangnya RM sebulan atau RM 60 setahun di dalam akaun KWSP
  • Merupakan isteri kepada ketua isi rumah.

Manfaat

Di bawah telah disediakan antara manfaat dan faedah yang boleh anda dapatkan melalui program i-suri KWSP:

  1. Menerima dividen tahunan KWSP
  2. Menerima insentif khas dari pihak Kerajaan sehingga maksimum RM 480 setahun
  3. Boleh tuntut bantuan Khairat Kematian sebanyak RM 2,500.

Permohonan

Jika anda berkelayakan dan berminat, pendaftaran program i-suri ini hanya boleh dibuat dengan cara pergi ke cawangan KWSP berdekatan anda dan bawah bersama borang permohonan berkaitan yang telah disediakan di ruangan bawah.

  • Sediakan Kad Pengenalan (MyKad)
  • Borang Permohonan – DI SINI
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Cara Pembayaran

  • Secara cek atau tunai di kaunter pembayaran cawangan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter pembayaran panel bank KWSP seperti PBB, MBB,BSN dan RHB
  • Pemindahan wang secara melalui perbankan internet bank yang dilantik oleh MBB atau PBB.

Kepada calon, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif pada satu masa, jika anda telah mendaftar dengan program i-saraan, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-suri ini.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program atau kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KWSP, anda boleh layari portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di – https://www.kwsp.gov.my/ms/home

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button