KWSPPengeluaran sebahagian

Rasmi : Pengeluaran Sebahagian KWSP 2023

Rasmi : Pengeluaran sebahagian KWSP yang dibenarkan pada tahun 2023 kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran. Untuk makluman, ada beberapa kemudahan pengeluaran kwsp untuk tujuan peribadi tersedia yang boleh dilakukan pada tahun ini.

RASMI : PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Untuk pengetahuan umum, walaupun pengeluaran khas KWSP 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan pada tahun ini. Namun terdapat beberapa jenis pengeluaran yang dibenarkan bagi ahli / pencarum untuk melakukan pengeluaran wang mereka selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh dilakukan melalui i-akaun KWSP untuk tujuan peribadi tersedia. Sila semak senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan dan syarat kelayakan yang telah disediakan di bawah.

UMUR MENCAPAI 50 TAHUN

Syarat kelayakan adalah seperti dibawah :

  • Individu berumur 50 hingga 55 tahun
  • Merupakan ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Memiliki baki wang simpanan KWSP

BERTUJUAN MEMBINA RUMAH

Syarat kelayakan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Ahli /pencarum KWSP
  • Umur masih belum mencapai 50 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP minimum RM500
  • Memiliki tapak tanah sendiri untuk membina rumah

IBADAH HAJI

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Beragama islam sahaja
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah

RAWATAN & KESIHATAN

Syarat kelayakan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Merupakan ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Keperluan tambahan (Kos perubatan tidak dapat dibiayai sepenuhnya oleh pihak majikan
  • Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 KWSP
  • Tiada menerima rawatan alternatif

BAKI SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

  • Ahli KWSP
  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Berusia 55 tahun ke bawah
  • Individu yang mempunyai baki simpanan melebihi 1 juta dalam akaun KWSP

PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran melalui kemudahan khas pengeluaran sebahagian KWSP ini, panduan lengkap permohonan telah disediakan. Sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis inisiatif khususnya dalam bentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button