BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Bantuan Bulanan RM500 Untuk Rakyat Malaysia

BWE : Bantuan Bulanan RM500 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Bagi makluman umum, program khas bantuan BWE ini merupakan sebahagian inisiatif di bawah Belanjawan 2024.

BWE : BANTUAN BULANAN RM500

Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program insentif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Program khas berbentuk bantuan kewangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

Atas keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban rakyat terutama golongan terjejas, perlaksanaan program BWE masih diteruskan. Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun dan diberi keutamaan kepada warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Kepada mereka yang berkelayakan, kadar pemberian bantuan BWE akan disalurkan berjumlah RM500. Pengkreditan ke dalam akaun akan diberikan secara automatik setiap bulan bagi membeli barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BULANAN BWE

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi menyertai program bantuan istimewa BWE RM500 sebulan ini seperti berikut :

  • Permohonan di buka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Berstatus warga emas / orang tua
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa.
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak menetap di mana-mana pusat jagaan harian yang menyediakan perkhidmatan kemudahan secara percuma

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN BWE 2024

Bagi kalian yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE (2024)

Nota : Semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual ke-9 senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button