BANTUANLesen MemanduMyPSV

MyPSV : Program Bantuan Lesen Memandu Untuk Kumpulan B40

MyPSV : Program Bantuan Lesen memandu percuma ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan B40. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini telah mula dilancarkan pada tahun 2023.

MYPSV : PROGRAM BANTUAN LESEN

Pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai MyPSV : Bantuan lesen memandu. Menerusi program istimewa ini melibatkan sekitar 2 juta peruntukan.

Program khas ini boleh disertai oleh golongan B40 yang berkelayakan bagi mendapatkan lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV). Program MyPSV ini akan memberi manfaat kepada ramai terutama golongan muda.

Perlaksanaan inisiatif khas MyPSV ini melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan memperkasa kumpulan B40 yang terjejas. Mereka yang berkelayakan boleh memiliki lesen memandu motorsikal/ kereta (e-hailing), teksi dan bas.

KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN LESEN MYPSV

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas bagi menyertai program MyPSV 2023 yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan diberikan kepada kumpulan B40
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
  • Bebas dari senarai hitam, JPJ, PDRM dan Mahkamah

TARIKH PERMOHONAN MYPSV

Bagi pengetahuan umum, permohonan bantuan lesen memandu MyPSV ini telahpun dibuka bermula :

  • 3 Julai 2023 (Permohonan akan ditutup sehingga mencapai had kuota)

Nota : Kuota permohonan bagi menyertai program bantuan lesen MyPSV ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja. Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk menerima manfaat yang ditawarkan ini.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN LESEN MYPSV

Kepada individu yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Program khas ini diberikan keutamaan kepada kumpulan B40 pada tahun ini.

Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi MyPSV – DI SINI

Segala info berkenaan program bantuan lesen memandu ada pada laman tersebut untuk rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Selain MyPSV, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telahi disediakan oleh kerajaan. Pelbagai bantuan ini diperkenalkan adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan lain yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button