FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran FSA2 KWSP Bersyarat Fasa 1 : Kini Telah Diluluskan

Pengeluaran FSA2 KWSP Bersyarat fasa 1 kini telah diluluskan dan boleh dimohon oleh ahli yang berkelayakan. Bagi makluman umum, pelbagai kemudahan pengeluaran disediakan bagi membantu pada pencarum pada tahun ini.

PENGELUARAN FSA2 KWSP BERSYARAT FASA 1

Seperti sedia maklum, kemudahan pengeluaran KWSP bersyarat Fasiliti Sokongan Akaun 2 fasa 1 telahpun dilancarkan. FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan secara 2 fasa, buat masa ini permohonan pengeluaran bagi fasa 1 telah dibuka.

Kemudahan FSA2 ini adalah merupakan kemudahan bagi membantu ahli untuk mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan. Apa yang menarik adalah simpanan dalam akaun 2 boleh digunakan sebagai wang bayar pembiayaan peribadi menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memaklumkan bahawa kadar pengeluaran menerusi pembiayaan FSA2 yanf dibenarkan. Adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

SYARAT KELAYAKAN FSA2 KWSP

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran pembiayaan FSA2 KWSP seperti di bawah :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  2. Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  3. Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  4. Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan
  5. Permohonan dibuka sepanjang tempoh setahun bermula dari tarikh perlaksanaan (April 2023)
  6. Mempunyai minimum amaun simpanan dalam akaun 2 KWSP sebanyak RM3,000
  7. Jumlah maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak boleh melebihi RM50,000
  8. Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang sudah ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon.

Nota : Permohonan bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 boleh dikemukakan secara online. Hanya 2 institusi perbankan yang terlibat buat masa ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh kemukakan permohonan secara atas talian. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada mereka yang terlepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button