BANTUANBantuan KerajaanMyKadSARA

Senarai Penerima Bantuan MyKad (SARA) RM200 Jun 2025

Senarai Penerima Bantuan MyKad – kerajaan telah mengumumkan pemberian inisiatif (SARA) yang berjumlah sehingga RM200 bagi bulan Jun 2025. Bantuan ini tidak hanya terhad kepada golongan miskin tegar, tetapi juga kepada mereka yang berstatus B40.

Inisiatif ini adalah usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan. Untuk makluman umum, bantuan ini hanya diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKAD (SARA) BULAN JUN

Seperti yang telah dimaklumkan kementerian kewangan, bermula April hingga Disember 2025 perlaksanaan SARA ini akan memberi manfaat kepada lebih 5 juta penduduk Malaysia.

Bantuan ini dibahagikan kepada beberapa kategori penerima yang layak, termasuk bujang, isi rumah, dan warga emas. Golongan bujang yang berpendapatan rendah kini mempunyai peluang untuk mendapatkan sokongan kewangan langsung demi meningkatkan taraf hidup mereka.

Isi rumah juga akan menerima bantuan ini, yang bertujuan untuk menyokong keperluan harian dan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga sepanjang bulan ini. Mereka yang layak, amaun bantuan ewallet ini boleh dibelanjakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai kategori penerima SARA dan kadar bayaran bagi bulan Jun 2025 ;

  • RM200 : Kategori isi rumah berstatus miskin dan miskin tegar
  • RM150 : Kategori warga emas berstatus miskin dan miskin tegar
  • RM100 : Kategori isi rumah berstatus B40 / Bukan miskin
  • RM50 : Kategori bujang berstatus miskin dan miskin tegar
  • RM50 : Kategori warga emas berstatus B40 / Bukan miskin.

Nota : Amaun diatas akan terus dikreditkan pada awal bulan hadapan kepada mereka yang layak berdasarkan kategori masing-masing.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKAD

Bantuan SARA untuk bulan Jun 2025 akan dikreditkan secara langsung dalam bentuk eWallet ke dalam MyKad penerima STR. Ini memberi kemudahan kepada penerima untuk mengakses bantuan tersebut tanpa proses yang rumit.

Dengan cara ini, diharapkan penerima dapat menggunakan dana yang diterima dengan lebih berkesan dan efisien. Jika anda belum semak, semakan status sama ada anda layak atau tidak boleh dibuat melalui laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/

Dengan adanya pemberian bantuan mykad SARA bulan Jun ini dapat meringankan beban perbelanjaan rakyat sempena menyambut raya Aidiladha.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan insentif bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan pengetahuan umum.

Related Articles

Back to top button