BANTUANLesen Memandu

Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis program dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada golongan B40.

Satu program skim bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini iaitu Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM 2022. Di halaman bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan BLKM.

Pengenalan BLKM 2022

Menerusi pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dengan hasil kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah perkenal dan laksanakan satu program bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) . Program bantuan lesen ini untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan lebih mensasarkan golongan keluarga B40 serta individu yang berpendapatan rendah bagi membantu memiliki dan mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun ini.

Tambahan lagi, Program ini adalah merupakan 1 skim program tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tahun 2022.

Kadar Bantuan

Menerusi Program bantuan BLKM ini, untuk penerima yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 sahaja untuk setiap orang dan menghadiri kursus latihan yang sangat singkat.

Bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding kos bayaran sebenar yang perlu dibayar oleh individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah biasa sebanyak RM 750 untuk setiap orang.

Cara untuk memohon ?

Bagi sedia maklum sehingga hari ini masih belum lagi ada kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan skim bantuan BLKM ini. Anda tidak perlu khuatir, sebarang maklumat terkini berkenaan bantuan ini pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. Setakat masa ini pemilihan calon yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada senarai penerima eKasih.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program bantuan BLKM ini, anda boleh membuat rujukan pada talian seperti berikut :

  • Portal Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)
  • Nombor Telefon : 03 8000 8000
  • eMel : [email protected]
  • Media sosial : Jabatan Pengangkutan Jalanraya (Facebook)

Maklumat Lanjut

Sementara menunggu kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan BLKM ini, anda boleh semak senarai bantuan lain yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button