BANTUANBKMBKM Tambahan

Kategori Penerima Bayaran BKM Tambahan RM 500

Program BKM iaitu Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah bantuan berbentuk tunai yang lebih mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringakan kos pembelanjaan sara hidup pada tahun ini.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM 2022 melalui 4 fasa. Fasa 1 sudah selesai dilaksanakan bermula pada 28 Mac 2022 yang lalu secara berperingkat. Kini penerima BKM sedang menunggu pembayaran BKM Fasa 2 yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022. Ramai yag terlepas pandang, menerusi BKM terdapat bayaran tambahan sebanyak RM 500, kami sediakan butiran berkenaan bayaran tambahan di bawah.

Bantuan Bayaran Tambahan BKM

Di dalam Bantuan BKM, kepada kategori penerima yang layak akan mendapat bayaran tambahan BKM sebanyak RM 500.

Untuk makluman, jumlah Bantuan BKM 2022 adalah maksimum sebanyak RM 2,000. Bayaran BKM bergantung kepada kategori pemohon dan pendapatan bulanan semasa.

Kadar Bantuan BKM Tambahan

  • Bayaran Tambahan RM 300 kepada kategori isi rumah berstatus Warga Emas
  • Bayaran Tambahan RM 500 kepada kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai tanggungan anak dan menepati syarat.

Contoh, setiap isi rumah yang layak BKM dan terima bantuan tambahan akan menerima jumlah keseluruhan bantuan BKM maksimum sebanyak RM 2,500.

Semakan Kelayakan BKM Tambahan

Anda boleh membuat semakan status sekiranya anda layak menerima BKM tambahan ataupun tidak, panduan semakan seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  2. Kemudian sila log masuk akaun anda
  3. Tekan pada semakan status untuk semakan status permohonan
  4. Kemudian akan dipaparkan pada skrin status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan yang telah diluluskan
  5. Sekiranya tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di skrin anda, bermakna anda tidak layak menerima bayaran tambahan.

Maklumat Lanjut

Sementara menunggu pembayaran BKM Fasa 2 pada bulan Jun, anda boleh membuat semakan bantuan lain khususnya bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda mohon pada tahun 2022, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button