BANTUANPPRTRUMAH

Program Bantuan Perumahan PPRT Untuk Keluarga Malaysia Kini Dibuka

Untuk sedia maklum pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif dan program yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Salah satu program yang telah diperkenalkan menerusi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih sinonim dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi membaik pulih rumah diduki dan menyediakan rumah yang baru.

Program PPRT

Objektif utama program perumahan PPRT ini diwujudkan adalah bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga Malaysia yang berpendapatan rendah dan miskin tegar dengan cara membaik pulik kediaman atau membina rumah yang baru bagi menyediakan tempat kediaman yang selesa dan lebih selamat untuk didiami sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Kategori Rumah PPRT

1.Bina Rumah Baru

  • Program bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada pemohon / individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang sedang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk diduduki.

2.Baik Pulih

  • Bagi kategori baik pulih rumah melibatkan 2 elemen penting iaitu Penambah baikan, penyengelaraan dan requisition
  • Bantuan baik pulih ini akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah yang telah usang atau mempunyai kerosakan disebabkan oleh bencanadan masih boleh untuk dibaiki
  • Perlu sediakan surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

Cara Mohon Bantuan Rumah PPRT Secara Online

Sekiranya anda berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) Program rumah PPRT ini. Panduan cara mohon telah disediakan seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  2. Kemudian sila klik butang “Program Perumahan Rakyat Termiskin” di halaman utama
  3. Anda perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  4. Setelah selesai sila semak semula kemudia tekan “Hantar”

Jika anda ingin mengetahui lebih maklumat berkenaan PPRT ini ada mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak berkaitan seperti berikut :

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari program rumah PPRT ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button