Terbaru, terdapat sebuah bantuan yang ada iaitu bantuan AM Persekutuan dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program bantuan ini bertujuan bagi membantu membiayai pembelanjaan barang keperluan harian individu serta keluarga yang berkelayakan.
Siapa yang layak memohon bantuan AM Persekutuan ini?
Syarat kelayakan sepeti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bukan penerima bantuan dari JKM sebelum ini
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Kadar bayaran Bantuan AM Persekutuan 2022
Kepada individu yang memohon dan berjaya akan menerima bayaran bantuan bulanan sebanyak dari RM 100 sehingga RM 350 sebulan. Kadar bayaran bergantung kategori permohonan.
Senarai Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji sekiranya ada dan dokumen lain yang berkaitan
- Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
Permohonan Bantuan AM Persekutuan
Jika anda berminat dan menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan dengan mudah. Sila isi borang JKM 18 – KLIK DI SINI dan hantar ke pejabat JKM berhampiran anda.
Anda juga boleh dapatkan borang di pejabat kebajikan masyarakat berdekatan anda dan boleh terus mengetahui maklumat lengkap berkenaan bantuan AM Persekutuan ini untuk melengkapkan borang tersebut.
Semasa permohonan, pemohon perlu hadir bersama dokumen-dokum penting seperti yang telah dinyatakan diatas untuk memudahkan proses semakan permohonan.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022, terdapat pelbagai pakej bantuan yelah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan miskin dan B40. Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan –DI SINI