BANTUANBINGKASKerajaan

BINGKAS : Permohonan Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan Kini Dibuka

Tahukah anda, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu meringankan pembelanjaan kepada yang memerlukan.

BINGKAS 2022

Salah satu bantuan yang tersedia adalah dikenali sebagai skim bantuan BINGKAS yang melibatkan kadar bantuan sebanyak RM 300 untuk setiap bulan kepada yang berkelayakan. Perlaksanaan program bantuan BINGKAS ini adalah bagi membantu meringankan para keluarga untuk membeli barangan keperluan harian termasuk peralatan pendidikan bagi anak.

Syarat Kelayakan Permohonan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan BINGKAS seperti berikut :

  1. Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  2. Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  3. Kelahiran negeri Selangor
  4. Menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun bagi bukan lahir disini
  5. Merupakan pemilih berdaftar di Selangor
  6. Pendapatan isi rumah bulanan RM 3,000 dan kebawah.

Panduan Permohonan BINGKAS

Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah disediakan, anda boleh membuat permohonan secara online. Sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Senarai dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan IC pemohon dan pasangan (Jika ada)
  2. Salinan Penceraian/ sijil kematian/ laporan polis bagi golongan Ibu bapa tunggal
  3. Salinan penyata gaji
  4. Pengesahan penyata pendapatan daripada ketua komuniti seperti ADUN bagi yang bekerja sendiri.

Untuk semakan maklumat terperinci berkenaan skim bantuan BINGKAS RM 300 sebulan ini, anda boleh rujuk di laman rasmi BINGKAS yang tersedia diatas.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan khususnya melibatkan bantuan tunai, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button