BANTUANLesen Memandu

Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan lesen memandu percuma kelas B2 untuk rakyat Malaysia telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada sidang belanjawan 2023 (Malaysia Madani). Untuk makluman, pembentangan belanjawan 2023 pada hari jumaat bersamaan 24 Februari. Dalam sidang tersebut pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk rakyat yang memerlukan akan dilaksanakan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan adalah program bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Menerusi kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pihak kerajaan akan menampung kos bayaran bagi lesen memandu kelas B2.

Perlaksanaan bantuan khas ini akan dijalankan pada tahun 2023. Tujuan utama program bantuan lesen ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.

KATEGORI BANTUAN

Menerusi program bantuan lesen memandu ini, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran bagi mereka yang ingin memperolehi lesen memandu B2. Kategori kelayakan bantuan lesen seperti berikut :

  • Ujian memandu motorsikal B2
  • E-hailing
  • Teksi
  • Bas

Perkara ini telah diumumkan Perdana Menteri melalui memenuhi keperluan ekonomi rakyat dalam sidang belanjawan BAJET 2023.

CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, secara rasmi perlaksanaan bantuan lesen memandu ini akan dilakukan pada tahun ini. Cara untuk memohon bantuan akan diumumkan dalam masa terdekat untuk rakyat Malaysia membuat permohonan.

Diharapkan kerajaan akan melaksanakan program khas lesen memandu ini secepat yang mungkin demi membantu rakyat yang memerlukan. Perkara ini agar mereka dapat menjana pendapatan dari perkhidmatan membawa penumpang pada tahun ini.

Segala maklumat terkini berkenaan cara mohon bantuan lesen memandu ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk informasi umum.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, selain bantuan lesen terdapat pelbagai jenis inisiatif terutama berbentuk bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button