BANTUANFasa 4STR

STR Fasa Akhir : Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR Fasa akhir (4) adalah merupakan inisiatif pemberian bantuan tunai terakhir yang akan dibayar oleh kerajaan pada tahun ini. Bagi pengetahuan umum, bayaran fasa 4 akan dikreditkan padad bulan November 2023.

BANTUAN TUNAI STR

Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Program bantuan kewangan khas ini ditawarkan kepada 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas serta isi rumah.

Kadar yang diberikan adalah mengikut kategori kelayakan dan jumlah bilangan tanggungan anak. Jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM2,500 dan tambahan RM600 bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Seperti sedia maklum, pembayaran bagi bantuan STR fasa 1 hingga fasa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023. Kini hanya berbaki bayaran STR fasa akhir (4) yang dijadualkan selang dua bulan lagi.

STR FASA AKHIR

Apa yang perlu anda ketahui adalah bayaran bantuan sumbangan tunai fasa terakhir ini hanya akan melibatkan 2 kategori sahaja iaitu warga emas dan isi rumah. Bayaran bagi kategori bujang telah selesai sehingga fasa ketiga.

Manakala bagi isi rumah pendapatan RM5,000 (M40) yang mempunyai tanggungan anak 0 – 3 orang juga tidak akan menerima bayaran pada fasa 4. Kepada mereka yang tidak lulus semasa bayaran fasa 3 lalu dan telah membuat rayuan, jika lulus anda akan menerima bayaran pada fasa 4 nanti.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima sedia ada mengikut kategori bagi fasa akhir nanti seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai tanggugan anak (5 dan lebih) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas sebatang kara : RM200
  • Bujang (21 – 59 tahun) : Tiada bayaran (RM0)

Nota : Setiap penerima STR boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

Tarikh jadual bayaran fasa keempat STR akan mula dikreditkan pada bulan November 2023 secara berperingkat.

INFO LANJUT

Terdapat pelbagai inisiatif dan kemudahan khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan pada tahun ini kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan segera – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button