BANTUANePemula

EPemula 2023 : Bantuan RM200 Untuk B40 & M40

Epemula 2023 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sidang pembentangan Bajet belanjawan tahun lalu. Untuk makluman, pemberian ini adalah bantuan yang disediakan setiap tahun.

EPemula 2023

Untuk sedia maklum, pada tahun lalu kadar bayaran bantuan epemula adalah sebanyak RM150 untuk setiap orang. Namun atas faktor prihatin, pihak kerajaan telah menambahbaik beberapa perkara berkenaan insentif khas ini.

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menambah kadar bantuan epemula dari RM150 sebelum ini kepada RM200. Tambahan lagi, ada penambahan kategori iaitu kepada kumpulan M40 turut dapat menerima manfaat bantuan ini sebanyak RM100.

Peruntukan bagi bantuan epemula adalah sebanyak RM800 juta untuk kira-kira 8 juta penerima kumpulan M40 dan RM400 juta untuk kumpulan B40. Kenyataan ini telah diumumkan pada sidang pembentangan Bajet 2023 tahun lalu.

Kerajaan pada tahun ini yang diperintah oleh kerajaan perpaduan sedaya upaya menyediakan pelbagai program khususnya bantuan tunai bagi membantu meringankan beban rakyat. Terutama dari golongan b40 dan miskin tegar.

SYARAT KELAYAKAN DAN KADAR BANTUAN

Berikut telah dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan kadar bayaran bagi bantuan epemula 2023 seperti yang telah disediakan dibawah :

SYARAT KELAYAKAN EPEMULA

  • Bantuan ini hanya untuk Warganegara Malaysia
  • Penerima terdiri daripada kumpulan belia serta bujang yang berumur 18 hingga 20 tahun (2023)
  • Memperolehi pendapatan tahunan sebanyak RM100 ribu bagi kategori epemula kumpulan M40
  • Merupakan pelajar (mahasiswa / mahasiswi) yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana cawangan Institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS).

KADAR BANTUAN EPEMULA

  • RM100 untuk kumpulan M40
  • RM200 untuk kumpulan belia B40.

CARA DAPATKAN BANTUAN

Sama seperti bantuan epemula tahun lalu, kaedah cara dapatkan adalah sama. Penerima boleh tebus secara terus di mana-mana platform e-dagang pilihan seperti dibawah :

  • Shopee Pay
  • Big Pay
  • Grab Pay
  • Touch N Go ewallet.

Pemberian bantuan ini hanya boleh ditebus sekali sahaja untuk setiap penerima. Untuk makluman, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran ini akan mula diberikan.

Dijangkakan selepas pembentangan BAJET 2023 pada bulan Februari akan diketahui berkenaan bantuan epemula ini. Segala maklumat terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan epemula ini, ada bantuan tunai yang telah diberikan pada awal tahun 2023 seperti STR fasa 1 bermula Januari, bantuan BMT diagihkan secara berfasa dari bulan Januari sehingga Mac.

Terdapat bantuan lain juga, jika anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang layak untuk anda dapatkan boleh dibuat – DI SINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button