BANTUANPEKERJAPERKESO

Panduan Permohonan Bantuan Kewangan Khas Pekerja – RM 600

Ada berita baik kepada pekerja warganegara Malaysia, pada sidang Bajet 2022 pihak kerajaan melalui PERKESO telah mengumumkan bantuan berbentuk kewangan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) dilaksanakan pada tahun 2022.

Pengenalan PSU 5.0

SIP Subsidi Upah Bersasar atau dikenali sebagai PSU 5.0 ialah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan dalam negara. Program PSU 5.0 ini telah dinaik taraf dengan tiada lagi Had pendapatan pada PSU 4.0 dan telah dikekalkan di dalam PSU 5.0. Program bantuan ini terhad kepada 500 pekerja bagi setiap permohonan dibuat.

Program bantuan kewangan ini bertujuan bagi membantu meringankan beban majikan yang terkesan dan terjejas dari segi ekonomi dan penutupan operasi perusahaan semasa PKP bagi dapat meneruskan semula operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang sumber pendapatan utama bagi semua perusahaan.

Pihak majikan perlu memberi notis secara bertulis atau memasukan maklumat subsidi upada di dalam slip gaji setiap perkerja bagi tujuan berkenaan subsidi upah yang akan diterima untuk membayar gaji bulanan pekerja.

Tarikh Permohonan PSU 5.0

Permohonan telah mula dibuka pada tarikh 1 Januari 2022, anda boleh membuat sebarang permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2022.

Panduan Cara Permohonan PSU 5.0

Di bawah telah disediakan cara membuat permohonan :

  1. Anda boleh membuat permohonan secara Online / Atas Talian melalui Portal Rasmi PSU PERKESO – https://psu.perkeso.gov.my/
  2. Kepada majikan yang layak mohon, anda dikehendaki mengemukakan permohonan baru bagi SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
  3. SIP Subsidi Upah Bersasar PSU 5.0 adalah bantuan kewangan selama 3 bulan dan lebih bersasar kepada sektor perlancongan
  4. Sebarang perubahan maklumat pekerja atau perusahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada tarikh 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan
  5. Kepada perusahaan yang memiliki cawangan lebih dari 1  yang berdaftar di bawah satu SSM/ ROC/ ROB/ PBT atau lain lain pertubuhan akan di kelaskan sebagai satu entiti di dalam satu permohonan yang sama.
Kadar Bayaran

Melalui bantuan kewangan ini, para pekerja akan menerima bayaran sebanyak RM 600 sebulan dan pembayaran akan diberikan selama dalam tempoh 3 bulan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 1,800.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin ketahui lebih terperinci berkenaan Bantuan Kewangan PSU 5.0 ini, sila ke pautan yang telah disediakan – KLIK DISINI

Semoga lebih ramai pekerja warganegara Malaysia yang menerima bantuan kewangan PSU 5.0 pada tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button